Selasa, 1 Mei 2012

STATUS PENGISIAN LINUS (SAPS) TERKINI

PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH...

Sila semak status pengisian data Saringan Khas LINUS sekolah masing-masing di Portal SAPS. Untuk mengetahui status tersebut, sila rujuk panduan di bawah ini.

1.    Sila layari Portal SAPS.

2.    Klik "STATUS PENGISIAN LINUS".
3.    Pilih "Sabah".

4.    Pilih "PPD RANAU".

5.    Lihat status sekolah masing-masing.


"TAHNIAH" diucapkan kepada 15 buah sekolah yang telah berjaya melengkapkan data SARINGAN KHAS LINUS bagi kelas Tahun 3 masing-masing.

Kepada sekolah-sekolah yang BELUM BERJAYA melengkapkan data pencapaian SARINGAN KHAS LINUS  ke dalam Portal SAPS, SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA. Untuk peringatan semula, tarikh akhir pengisian data Saringan Khas LINUS ke dalam Portal SAPS ialah 3 Mei 2012 (Khamis).

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat diperlukan dalam perkara ini.



Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

Catatan Popular