Rabu, 23 Mac 2011

PANDUAN PENGISIAN DATA SARINGAN LINUS Kohort 1 (2010) / Kohort 2 (2011)

1.  Data hendaklah diisi mengikut jumlah murid bagi setiap kelas, walaupun semuanya telah berada di aliran perdana (BUKAN HANYA YANG MENGAMBIL SARINGAN). Contoh, sekiranya dalam 1 kelas semuanya telah berada di aliran perdana maka tuliskan jumlah murid di dalam kelas tersebut di kotak aliran perdana. Sekiranya dalam kelas tersebut ada murid linus tegar, linus dan perdana, isikah jumlah murid mengikut konstruk yang berkaitan.

2. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam kelas tersebut.

3.  Kemasukkan data hanya dari 11 April - 22 April 2011


Dipetik daripada http://www.moe.gov.my/nkra/index.php

Jumaat, 4 Mac 2011

Penempatan murid mengikut penguasaan konstruk (Literasi)

Tahap penguasaan bagi Numerasi (membaca dan menulis)

Tahap penguasaan minimum bagi literasi (membaca dan menulis)

KAEDAH PENTADBIRAN INSTRUMEN LITERASI MEMBACA

1.  Instrumen literasi membaca mengandungi 12 konstruk.
2.  Instrumen ini ditadbir secara lisan serta berterusan semasa
     waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
3.  Instrumen ini ditadbir secara individu atau kumpulan kecil tidak
     melebihi tiga orang murid serta mengikut kesediaan murid.
4.  Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
5.  Setelah kesemua konstruk ditaksir, pentaksir boleh mengulang 
     mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.
6.  Murid boleh memberi respons secara mengeja atau membaca
     terus.
7.  Dicadangkan murid duduk bersebelahan pentaksir ketika
     pentaksiran dilaksanakan.
8.  Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan
     jujur.
9.  Kesemua konstruk hendaklah ditaksir dalam jangka masa yang
     telah ditetapkan.
10.Setiap konstruk yang dikuasai oleh murid hendaklah diisi dalam
     Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang baharu.
11.Pentaksir perlu melengkapkan BPPI dengan nama murid, kelas
     dan tahun.
12.Pentaksir perlu mencatat penguasaan murid bagi setiap
     konstruk pada ru ang yang disediakan.
13.BPPI yang telah lengkap diisi hendaklah disimpan dalam fail
     peribadi murid untuk tujuan rujukan.
14.Jika murid bertukar ke sekolah lain, BPPI hendaklah dibekalkan
     bersama-sama murid.

KAEDAH PELAKSANAAN SARINGAN NUMERASI (LISAN)

  1. Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 27 Feb – 31 Mac 2011
  2. Semua murid Tahun 1 (kohort 2) dan Tahun 2 (kohort 1) yang tidak melepasi Saringan 3 (2010)  mesti menduduki saringan ini
  3. Ditadbir oleh guru LINUS mengikut masa yang ditetapkan menggunakan bahasa pengantar di sekolah
  4. Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)
  5. Ditadbir mengikut urutan item / konstruk
  6. Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid
  7. Guru LINUS disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan
  8. Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid
  9. Guru LINUS perlu membantu murid memahami tugasan item  / konstruk
  10. Murid disaring secara telus dan jujur
  11. Guru LINUS mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Saringan Numerasi
  12. Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut

Rabu, 2 Mac 2011

Taklimat Pelaksanaan dan penyerahan Instrumen LINUS Saringan 1 dan Saringan 4 2011 Daerah Ranau

PERHATIAN......Makluman kepada semua guru LINUS di Ranau.

Jemputan menghadiri Taklimat Pelaksanaan Saringan 1 dan Saringan 4 Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi murid Tahun 1 dan Tahun 2, 2011 dan penyerahan Instrumen Saringan...

Setiap sekolah diminta menghantar 1 orang Guru Literasi & 1 orang Guru Numerasi (sebaik-baiknya guru yang tidak pernah mentadbir saringan LINUS) pada ketetapan berikut:


Surat jemputan mesyuarat telah diedarkan dan dimasukkan ke dalam peti surat setiap sekolah masing-masing (bertempat di PPD Ranau-lama).

Jika ada kemusykilan, sila hubungi En. Asman Saman di talian 019-8956098 / 088-875331. Anda juga digalakkan mengemukakan sebarang pertanyaan melalui e-mel linusppdranau@gmail.com atau chatting di ruangan Tab Mari Berbual di Sini yang terdapat dalam blog LINUSPPDRANAU.BLOGSPOT.COM.

*Sila rujuk 'PENGELOMPOKAN SEKOLAH MENGIKUT ZON BAGI PROGRAM LINUS PPD RANAU  untuk mengetahui status sekolah mengikut agihan zon yang telah diberi sebelum ini.
Harap maklum...

Selasa, 1 Mac 2011

Ganjaran Kepada Guru Besar



Tahniah diucapkan kepada semua guru besar yang berjaya meningkatkan pencapaian sekolah dalam Program LINUS sehingga melepasi sasaran yang telah ditetapkan.

FasiLINUS PPD Ranau, Sabah.

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini