Selasa, 30 Ogos 2011



Selamat Menyambut Lebaran Buat Semua Umat Islam...
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat kepada kita semua .....InsyaAllah…
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan ......InsyaAllah…
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah ........InsyaAllah…
Hati-hati bila pulang ke kampung ......… InsyaAllah…
Ingatlah Allah selalu… 
Jaga diri dan hiasi peribadi ...... InsyaAllah…
Dari FasiLINUS PPD Ranau.

Ahad, 7 Ogos 2011

RINGKASAN PENGISIAN DATA SARINGAN LINUS PPD RANAU (07 OGOS 2011)

Perhatian kepada semua Guru Besar daerah Ranau....

Berikut dilampirkan ringkasan pengisian data saringan LINUS PPD Ranau TERKINI untuk rujukan bersama!....

Ringkasan Pengisian LINUS Tahun 2011 bagi Kohort 2 Saingan 2

Ringkasan Pengisian LINUS Tahun 2011 bagi Kohort 1 Saingan 5
 

Berdasarkan jadual ringkasan pengisian LINUS di atas, masih terdapat 5 buah sekolah yang belum melengkapkan maklumat yang diperlukan. Sekolah-sekolah tersebut ialah
  1. SK KITUNTUL
  2. SK LONGUT
  3. SK PEKAN
  4. SK TIMBUA
  5. SK GUSI
Oleh yang demikian, pihak FasiLINUS PPD Ranau berharap sekolah-sekolah yang belum berjaya melengkapkan pengisian data tersebut agar dapat menyiapkannya dengan SEGERA. Sebagai peringatan bersama, tarikh akhir pengisian data saringan LINUS peringkat JPN Sabah ialah 05 OGOS 2011 (Jumaat). Jika ada sebarang masalah, sila laporkan kepada pihak FasiLINUS melalui talian telefon 088-875331 atau e-melkan ke linusppdranau@gmail.com.

Harap maklum...

Jumaat, 5 Ogos 2011

RINGKASAN PENGISIAN DATA SARINGAN LINUS PPD RANAU

Berikut dilampirkan perkembangan semasa tentang pengisian data berkaitan Saringan LINUS daerah Ranau.

Saringan 2 Kohort 2 2011

Saringan 5 Kohort 1 2011

Sebagai peringatan bersama, tempoh 'key-in' data saringan LINUS bagi Negeri Sabah ialah 01 - 05 Ogos 2011. Sehubungan itu, diperingatkan kepada sekolah-sekolah yang belum menyiapkan proses pengisian data bagi kedua-dua Saringan LINUS tersebut agar melengkapkan maklumat yang diperlukan dengan SEGERA.

Berikut disenaraikan sekolah-sekolah yang belum selesai melengkapkan data Saringan LINUS:
  1. SK MALINSAU
  2. SK MANGKAPOH
  3. SK BUNDU TUHAN
  4. SK KITUNTUL
  5. SK LONGUT
  6. SK LOHAN
  7. SK RATAU
  8. SK TIMBUA
  9. SK TIANG
  10. SK KILIMU
  11. SK KINASARABAN
  12. SK GUSI
Harap maklum...

Khamis, 4 Ogos 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN 2 (KOHORT 2) DAN SARINGAN 5 (KOHORT 1) PROGRAM LINUS

PERHATIAN....

* Sistem pengisian data saringan bagi Program LINUS telah pulih dan boleh digunakan. Diharapkan agar semua guru / Penyelaras LINUS di sekolah-sekolah daerah Ranau dapat melengkapkan maklumat yang sepatutnya dalam portal tersebut dengan segera. Pastikan data yang dimasukkan adalah tepat dan telus.

** Pemberitahuan daripada pihak Portal NKRA:

1.  Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan.  Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana.  Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam kelas tersebut.

2.  Kemasukkan data hanya dari 01 Ogos - 12 Ogos 2011

3. Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan contoh maklumat guru, murid LINUS PERDANA dan berkaitan.

4. Sila maklumkan kepada JPN maklumat bagi sekolah kurang murid.

5.  SEMUA SEKOLAH MESTI KEMASKINI WALAUPUN SEMUA MURIDNYA SUDAH DI ALIRAN PERDANA

***Semoga pencapaian setiap saringan di sekolah-sekolah pihak tuan menunjukkan prestasi yang memberansangkan seterusnya dapat menjulang nama daerah RANAU di peringkat negeri Sabah dan seluruh Malaysia dalam pelaksanaan Program LINUS kali ini.

Isnin, 1 Ogos 2011

MAKLUMAN DARIPADA PIHAK PORTAL NKRA

PERHATIAN :

PENGISIAN DATA SARINGAN 2 DAN 5 TIDAK DAPAT DIMASUKKAN ATAS KESILAPAN TEKNIKAL BUAT SEMENTARA WAKTU
AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA
HARAP MAKLUM

Sumber dipetik daripada http://www.moe.gov.my/nkra/index.php

PELAKSANAAN BENGKEL PENGISIAN DATA PROGRAM LINUS BAGI SARINGAN 2 (KOHORT 2 / TAHUN 1) DAN SARINGAN 5 (KOHORT 1 / TAHUN 2)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Perkara-perkara berkaitan bengkel tersebut:-
(a)  Sasaran peserta:-    Setiausaha / Penyelaras LINUS
(b)  Peralatan yang perlu dibawa:-    1.  komputer riba (ada perisian SMM)
                                                       2.  wayar extension
                                                       3.  broadband
                                                       4.  borang BPPI murid LINUS
                                                       5.  data SMM (telah dikemaskini)

Bagi sekolah-sekolah yang telah mencapai 100% perdana, adalah diingatkan bahawa kehadiran guru berkenaan WAJIB kerana data murid PERDANA masih perlu dilaporkan.

Berikut dilampirkan jadual berkaitan untuk rujukan semua pihak.


Harap maklum...


Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini