Selasa, 24 Mei 2011

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI GURU LINUS BAHASA MELAYU DAN PEMULIHAN TAHUN 2011 (RANAU, TAMBUNAN & TENOM)

Makluman kepada...

Guru Besar
SK/SJKC
Daerah ranau.

Tuan,

KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI GURU LINUS BAHASA MELAYU DAN PEMULIHAN TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Merujuk kepada Surat Jabatan Pelajaran Negeri, Rujukan JP(SB)600(01)/100/67(27) dan JP(SB)600(01)/100/67(28), sekolah tuan adalah tersenarai menghantar calon guru  untuk mengikuti Kursus Pemantapan Kurikulum Dan Pedagogi Guru LINUS Matematik, Bahasa Melayu dan Pemulihan Tahun 2011 pada ketetapan berikut :

          Tarikh               :  25 — 27 Mei 2011
          Masa Masuk    :  2.00 petang (25 Mei 2011)
          Masa Keluar    :  12.30 tengah hari (27 Mei 2011)
          Tempat             :   Hotel Perkasa, Keningau (Bahasa Melayu & Pemulihan)
                                        Hotel Juta, Keningau (Matematik)
          Peralatan          :   Modus Asas 1 clan Asas 2 (Tahun 2),
                                         Gunting,
                                         Pakaian Sukan,
                                         Komputer Riba.
          Taklimat            :   3.30 Petang (25 Mei 2011)

Sila rujuk lampiran di bawah untuk mengetahui sekolah-sekolah yang terpilih mengikuti kursus tersebut:








Sekiranya nama guru yang tersenarai dalam lampiran yang disertakan telah berpindah ke sekolah lain, atau guru tersebut bukan mengajar di sekolah tuan/puan, maka tuan/puan perlu mencalonkan guru ganti (mengikut bilangan yang telah dicalonkan) dari sekolah tuan/puan untuk menghadiri kursus tersebut.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan pihak FasiLINUS Daerah Ranau (En. Asman Saman) di talian 088-875331.

Kerjasama pihak tuan dalam hal ini didahului ucapan berbanyak-banyak terima kasih.
Sekian.

Sabtu, 21 Mei 2011

Guru 'tercicir' Diminta Sabar

Oleh OPAT RATTANACHOT dan JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

BALING 20 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan sentiasa peka dengan nasib golongan guru terbabit dan percaya kajian mengenainya sedang dilakukan.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah minta mereka sabar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu mempunyai pertimbangan sendiri berhubung pengumuman kaedah kenaikan pangkat guru baru-baru ini.

"Lagi pun pelaksanaan kaedah baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Maknanya, sementara menunggu tempoh tersebut, mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan.

"Saya tidak katakan perkara ini selesai, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh katakan perkara ini akan terus dibincangkan bersama Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik bernilai RM4.3 juta di Batu 42, Pulai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keluhan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai nasib guru termasuk 400,000 guru sekolah biasa yang tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa setiap pertimbangan yang dilakukan kerajaan perlu mengambil kira keupayaan ekonomi negara.

"Sekarang kita nak berjimat bagi mengurangkan defisit. Kalau buat keputusan harus kira keupayaan kerajaan untuk tampung kos tambahan kenaikan sama ada gaji atau elaun," jelasnya.


Sumber dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Selasa, 17 Mei 2011

Hari Guru 2011 (16 Mei 2011) : Perdana Menteri Mengumumkan Kaedah Karu kenaikan Pangkat Guru PDP

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

Katanya, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada gred DG48 selepas berkhidmat selama 25 tahun dan sudah tiba masanya laluan kerjaya guru ditambah baik.

“Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik darjah dan padang permainan dengan sebuah negara yang mahu serta bertamadun hebat tidak mungkin terbina tanpa insan bergelar guru.

“Hari ini di setiap ceruk rantau negara, guru tanpa mengenal erti penat lelah sentiasa membawa cahaya harapan kepada anak Malaysia. Merekalah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan bagi membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai beberapa tuntutan yang belum diselesaikan berkata, isu seperti guru siswazah yang belum mendapat kenaikan gred akan diselesaikan secepat mungkin.

“Perjawatan guru amat luas dan kita memandang serius setiap tuntutan yang dikemukakan serta perlu diteliti sebelum diselesaikan seperti isu guru siswazah yang berada di gred diploma.

“Begitu juga dalam mengukur pencapaian guru. Dulu kita sukar untuk menilai, tetapi menerusi sistem dan insentif baru, lebih banyak ganjaran disediakan dan ia berjaya melonjakkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Mengenai dakwaan insentif baru yang diumumkan Perdana Menteri sebagai meniru Buku Jingga pembangkang, beliau menegaskan, kerajaan melakukan pelbagai usaha menambah baik perkhidmatan pendidikan tanpa perlu menunggu pilihan raya.

“Insentif yang Perdana Menteri umumkan ini lebih baik daripada janji RM500 pembangkang yang hanya manis di bibir saja. Kita buat semua ini bukan disebabkan mahu menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa,” katanya.

Sumber dipetik daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NaikhinggaDG54/Article/

Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU...
Kepada semua warga pendidik yang BERDEDIKASI...

Tema Hari Guru 2011
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara "

SAJAK BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK (GURU OH GURU, OSMAN AWANG-1979)

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Sumber dipetik daripada http://blog.azhad.com/2008/05/sajak-hari-guru.html

Perutusan Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru Tahun 2011

Sila klik di sini untuk muat turun.

sumber dipetik dari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1924

Rabu, 4 Mei 2011

MODUL PROGRAM LITERASI & NUMERASI (MODUL GURU & MURID) 2011

PERHATIAN...
Kepada Penyelaras @ Guru LINUS di semua sekolah rendah di daerah Ranau.

Dimaklumkan bahawa bekalan Modul LINUS (Modul Guru & Murid) telah diterima daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pada awal April 2011. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka proses pengagihan stok bekalan Modul LINUS (Modul Guru & Murid) lewat dilakukan.
Sehubungan dengan itu, semua Penyelaras / Guru LINUS boleh dapatkan modul tersebut bermula esok di Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau. Agihan modul adalah terhad berdasarkan Pelaporan Data Pra Saringan 1 (Januari 2011). Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cik Roseline Liji pada talian 088-875331 pada waktu pejabat atau e-melkan sebarang pertanyaan anda berkaitan perkara ini kepada  linusppdranau@gmail.com.
Sila kembalikan borang maklum balas penerimaan stok bekalan Modul LINUS yang telah lengkap diisi kepada FasiLINUS dengan SEGERA setelah menerima stok bekalan Modul LINUS tersebut. Kerjasama pihak tuan amat hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
Harap maklum...

PROGRAM PERLUASAN DAN PEMANTAPAN PROFISIENSI BAHASA INGGERIS (FASA 1 & 2)

TARIKH                    :           08 – 13/05/2011
                                              (FASA_1&2)                                                                              
PENDAFTARAN      :           08/05/2011
                                               02.00 - 05.00 PTG
                                               (AHAD)                                                                         
TARIKH                    :             22 – 27/05/2011
                                               (FASA _3&4)                                                                              
PENDAFTARAN       :           22/05/2011 
                                               02.00 - 05.00 PTG              
                                               (AHAD)                                                               
KOHOT                     :           Kohot 5 – 30 orang                                                                          
PPD                            :           Ranau (20 Orang) &
                                               Telupid  (10 Orang)                                                                           
TEMPAT                    :           Pusat Latihan RELA,
                                              Tuaran   
                          
SENARAI NAMA PESERTA TERPILIH:                 
  1. SK PAUS  - ALVIN NEDD DALIUS
  2. SK KANANAPON - EDITH JAMUI 
  3. SK LANGSAT - SOZEYANI AMIN
  4. SK ST BENEDICT MOHD FADZNIE ABD MALEK
  5. SK TAGUDON  - ATINA HAJI RAHEMIN
  6. SK.MATUPANG JUSIAH UMIN
  7. SK DON BOSCO JAEISY SABIN
  8. SK. MIRURU DANIEL AMBROSE
  9. SK. TUDAN - NILINEY SALIMIN
  10. SK. TOBOH - KIMBIN GINDONG
  11. SK.MANGKAPOH DEIVY DAULIN 
  12. SK. SRI GABUNGAN - RUSPHIN TAIP
  13. SK.GUSI FREDELIN LAZARUS
  14. SK. MESILOU - FARIDAH LIASMAT
  15. SK.NARAWANG - LUINA DUKAL
  16. SK. SERI NUKAKATAN - BEDE DAUSIN 
  17. SK.NARADAN - WALTER SUNGGIN
  18. SK.TIBABAR -  RAHMAN WAHID TAHIR
  19. SJK C PAI WEN - YONG YEE PIN
  20. SK. TIMBUA - JEMIS GUSI
                                                                                             
*Nota: Sila smskan butiran (opsyen, DG, no. K/P dan no. H/P) yang tidak lengkap kepada Pn Rapedah Hassan di talian 0198923295 dengan kadar yang SEGERA        

Sub-Unit UPA (Bahasa Rendah),
PPD Ranau, Sabah.

Dipetik dari http://upappdranau.blogspot.com/2011/05/program-perluasan-dan-pemantapan.html

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini