Rabu, 15 Ogos 2012

PELAPORAN PELAN TINDAKAN LINUS PERINGKAT SEKOLAH BAGI DAERAH RANAU TAHUN 2012

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Perhatian kepada semua Penyelaras / Setiausaha LINUS sekolah daerah Ranau
  1. Dimaklumkan bahawa Borang Pelaporan Pelan Tindakan Linus Peringkat Sekolah  Bagi Daerah Ranau 2012 telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing.
  2. Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap berdasarkan pelaksanaan Program LINUS peringkat sekolah yang telah dirancang dan dilaksanakan pada tahun ini.
  3. Sila lihat lampiran contoh pengisian borang tersebut yang dilampirkan sebagai panduan.
  4. Pelaporan tersebut perlu dikembalikan kepada Sub-Unit LINUS, Unit Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau sebelum atau pada 30 Ogos 2012.
  5. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ronnie Bin Pengulin di talian 088-875331 pada waktu pejabat untuk keterangan lanjut.
Kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Catatan Popular

IKAN?...Jom Beri Makan!...