Selasa, 28 Jun 2011

Pemberitahuan daripada Portal NKRA

SARINGAN LINUS Kohort 1 (2010) / Kohort 2 (2011)

PERHATIAN :...

Tarikh pelaksanaan Saringan 5 dan Saringan 2.
                  Lisan : 19 Jun - 22 Julai 2011
                        Bertulis : 24 Julai - 29 Julai 2011

1.  Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan.  Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana.  Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam kelas tersebut.

2.  Kemasukkan data hanya dari 01 Ogos - 12 Ogos 2011

3. Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan contoh maklumat guru, murid LINUS PERDANA dan berkaitan.

4. Sila maklumkan kepada JPN maklumat bagi sekolah kurang murid.

5.  SEMUA SEKOLAH MESTI KEMASKINI WALAUPUN SEMUA MURIDNYA SUDAH DI ALIRAN PERDANA

Sumber dipetik daripada http://www.moe.gov.my/nkra/index.php

Isnin, 20 Jun 2011

BENGKEL HEADCOUNT PROGRAM LINUS DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 1 DAN 5 LINUS BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 2, 2011 SERTA PENYERAHAN INSTRUMEN SARINGAN

Makluman kepada semua Guru Besar SK / SRK / SJK(c) ....

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bengkel dan taklimat tersebut akan diadakan bermula pada 22 Jun 2011 mengikut agihan zon yang telah ditetapkan. Surat jemputan menghadiri bengkel  dan taklimat tersebut telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing pada hari ini.

Sehubungan itu, pihak tuan diminta mengarahkan seorang setiausaha atau penyelaras Program LINUS untuk menghadiri bengkel atau taklimat tersebut. Kehadiran adalah WAJIB.

Sila bawa bersama data saringan 1 dan 4 sesi 2011 ke bengkel / taklimat ini.

Jika ada kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331.

Berikut dilampirkan jadual berkaitan bengkel dan taklimat LINUS tersebut untuk rujukan semua...

                                        Pendaftaran Peserta:-
                                        Sesi pagi - 7.45 pagi
                                        Sesi petang - 1.45 petang

Isnin, 13 Jun 2011

PENCERAPAN DAN BIMBINGAN LINUS

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...

Perhatian kepada pihak pentadbir bagi sekolah-sekolah di bawah:-
  1. SK PAUS 
  2. SK MATUPANG 
  3. SK MIRURU 
  4. SK NUNUK RAGANG 
  5. SK KIROKOT 
  6. SK KANDAWAYON 
  7. SK PAHU HIMBAAN 
  8. SK KANANAPON 
  9. SK KAINGARAN
  10. SK MESILOU 
  11. SK MANGKAPOH 
  12. SK SRI GABUNGAN 
  13. SK NARADAN (NAWANON) 
  14. SK NUKAKATAN 
  15. SK TUDAN 
  16. SK KAWIYAN SUGUT
  17. SK MALINSAU
  18. SK KARAGASAN
Pihak FasiLINUS PPD Ranau akan mengunjungi sekolah tuan bagi tujuan pencerapan dan bimbingan LINUS bermula pada awal penggal persekolahan ke-2 ini. Sasaran utama ialah murid yang berada dalam kategori LINUS dan LINUS TEGAR. Harapan kami agar pihak tuan bersedia menerima kehadiran kami...

Sekian dan harap maklum.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Rabu, 8 Jun 2011

KURSUS PENGURUSAN LINUS UNTUK GURU BESAR ZON SABAH 2011

Makluman kepada semua Guru Besar bagi senarai sekolah berikut :
  1. SK SERI GABUNGAN
  2. SK NARADAN
  3. SK KAINGARAN
  4. SK MANGKAPOH
  5. SK LOHAN
  6. SK TINANOM
  7. SK MIRURU
  8. SK KARAGASAN
  9. SK KAWIYAN SUGUT
  10. SK KILIMU
  11. SK MESILOU
  12. SK TIBABAR
Tuan dijemput menghadiri kursus seperti tertera di atas anjuran Institut Aminuddin Baki, KPM pada ketetapan berikut:

                  Tarikh       :      13 hingga 16 Jun 2011
                  Tempat     :       Hotel Imperial International, KK
                  Pendaftaran  :   13 Jun 2011 (Isnin) : 2.00 - 6.00p.m.

Surat makluman tentang kursus ini telah dimasukkan ke peti surat sekolah masing-masing. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Asman Saman di talian 088-875331 pada waktu pejabat.

Sekian untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

FasiLINUS PPD Ranau.

Jumaat, 3 Jun 2011

PENGAMBILAN MODUL PROGRAM LITERASI & NUMERASI (MODUL GURU & MURID) 2011

PENTING !!!...

Makluman kepada PIHAK PENTADBIR bagi sekolah-sekolah berkenaan:
  1. SK. LONGUT
  2. SK. SAGIBAN
  3. SK. TOGUDON LAMA
  4. SK. KAMPONG LIBANG
  5. SK. KINAPULIDAN
  6. SK. NARAWANG
Sila hantar wakil sekolah (Penyelaras / Guru LINUS) ke PPD Ranau untuk mengambil bahan-bahan MODUL PROGRAM LITERASI & NUMERASI (MODUL GURU & MURID) 2011.

Untuk peringatan bersama, makluman tentang pengambilan modul-modul ini telah diberi sejak 4 Mei 2011 melalui surat pemberitahuan no.ruj: PPD(R)/600/1/28(  ) dan blog rasmi linusppdranau (http://linusppdranau.blogspot.com/2011/05/modul-program-literasi-numerasi-modul.html).

Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak tuan mengambil perhatian serius tentang perkara ini.
Sila berhubung dengan En. Abdul Rahman Abdullah untuk keterangan lanjut.

Sekian untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini