Khamis, 26 April 2012

BENGKEL KHAS PROGRAM LINUS PPD RANAU TAHUN 2012 (ZON KINABALU)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Dimaklumkan bahawa Pegawai FasiLINUS akan berkunjung ke Zon Kinabalu pada  02 Mei 2012 bagi tujuan melaksanakan Bengkel Khas Program LINUS PPD Ranau.

Fokus utama program ini ialah
  1. Melaksanakan latihan on-site di lokasi mengikut zon (sekolah) kepada Guru-guru LINUS (keutamaan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik di Tahap 1 dan belum pernah didedahkan tentang Program LINUS).
  2. Mendedahkah perkara-perkara berkaitan Program LINUS seperti berikut:
    • Pengenalan Program LINUS
    • Konsep Saringan LINUS
    • Pengenalan Modul Asas LINUS, penyediaan RPH dan kaedah P&P dalam Program LINUS
    • Bengkel membina RPH
    • Pembentangan / Mikro Teaching
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bengkel Khas Program LINUS PPD Ranau 2012 (Zon Kinabalu), Puan Masrini Mahali di talian 0198337566 untuk keterangan lanjut.


Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau, Sabah.

Catatan Popular