Isnin, 30 Januari 2012

MESYUARAT PEMBENTANGAN PRESTASI PROGRAM LINUS DAN TINDAK SUSULAN DAERAH RANAU TAHUN 2012

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Perhatian kepada semua Guru Besar daerah Ranau


Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh    :  02 Februari 2012
Tempat   : Balai Ranahon, PPD Ranau (Lama)
Masa      : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari (Sesi 1)
                 2.00 petang - 5.00 petang (Sesi 2)

Kehadiran pihak tuan adalah wajib. Surat maklumat berkaitan mesyuarat di atas telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing sejak 18 Januari 2012 yang lalu.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

FasiLINUS PPD Ranau

MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM LINUS PPD RANAU BIL. 1/2012

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Perhatian kepada Setiausaha / Penyelaras LINUS...


Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh      : 31 Januari 2012
Tempat    : Balai Ranahon, PPD Ranau (Lama)
Masa       : 8.30 pagi

Sehubungan dengan itu, kehadiran tuan / puan ke mesyuarat tersebut adalah wajib. Surat makluman telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing sejak 18 Januari 2012 yang lalu.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

FasiLINUS PPD Ranau.

Isnin, 9 Januari 2012

LAPORAN PELAKSANAAN KERJA RUMAH TERANCANG BAGI MURID LINUS & LINUS TEGAR SEMASA CUTI AKHIR TAHUN 2011

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Berikutan saranan pemberian aktiviti "Kerja Rumah Terancang" kepada murid-murid kategori LINUS dan LINUS Tegar pada waktu cuti persekolahan akhir tahun 2011, pihak sekolah yang berkaitan dikehendaki menghantar laporan bagi pelaksanaan aktiviti tersebut dengan menggunakan format borang yang disediakan.

Dimaklumkan bahawa surat makluman dan borang pelaporan telah dimasukkan ke peti surat sekolah masing-masing untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Semua pelaporan perlu dikembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (U.P:-FasiLINUS) selewat-lewatnya pada 30 Januari 2012 (Isnin).

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.


FasiLINUS PPD Ranau.

Jumaat, 6 Januari 2012

MODUL SIAGA LINUS (LITERASI) DAN MODUL BIJAK NOMBOR (NUMERASI) UNTUK PROGRAM LINUS (EDARAN SEMULA)

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

Sebagai makluman bersama, "softcopy" Modul SIAGA LINUS (LITERASI) dan BIJAK NOMBOR (NUMERASI) telah diedarkan ke semua sekolah sebelum ini. Walau bagaimanapun, didapati bahawa masih terdapat beberapa buah sekolah yang mengalami "keciciran bahan" seterusnya gagal mengambil tindakan sewajarnya berkaitan bahan tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak FasiLINUS mengambil inisiatif mencetak dan membukukan modul-modul tersebut untuk "edaran semula" kepada semua sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta menghantar wakil untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (Pejabat FasiLINUS) dalam jangka masa terdekat.

Untuk makluman pihak tuan, surat pemberitahuan telah diedarkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing.

Jika ada sebarang masalah, sila berhubung terus dengan pegawai FasiLINUS di talian 088-875331.

Segala perhatian dan keprihatinan pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.


FasiLINUS PPD Ranau.

PELAKSANAAN UJIAN DIAGNOSTIK KEPADA MURID TAHUN 1 SESI 2012 PERINGKAT DAERAH RANAU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Sebagai makluman pihak tuan, Mesyuarat Ketua Sektor Bersama FasiLINUS Bil.2/2011 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 24 November 2011 telah memutuskan agar semua sekolah rendah di Sabah melaksanakan satu ujian diagnostik (LINUS) bagi mengenal pasti tahap kemahiran 3M murid-murid Tahun 1 sesi 2012.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah disarankan menggunakan bahan-bahan berikut sebagai instrumen ujian:

(a)     Modul SIAGA (Set 1) bagi Bahasa Melayu; dan
(b)     Instrumen Bertulis Numerasi Saringan 1 (2011) bagi Matematik.

Untuk perhatian bersama, Surat Pemberitahuan berkaitan perkara di atas telah dikeluarkan dan telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Pelaporan Ujian Diagnostik perlu dihantar atau dikembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (U.P: FasiLINUS) selewat-lewatnya pada 27 Januari 2012.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.


FasiLINUS PPD Ranau.

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini