Ahad, 29 Julai 2012

MESYUARAT PELAKSANAAN PLC LINUS : LESSON STUDY, PPD RANAU

Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dijemput  hadir ke mesyuarat sepertimana tertera di atas mengikut ketetapan berikut:

       Tarikh             :  30 dan 31 Julai 2012 (sila rujuk lampiran jadual yang
                               disediakan)
       Tempat           :  Balai Ranahon, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (Lama)
       Masa              :  Sesi 1 (8.30 pagi - 12.30 tengahari) - Zon Ulu Sugut & Garas
                                Sesi 2 (2.00 - 5.00 petang)               - Zon Selatan & Kinabalu
                                Sesi 3 (8.30 pagi - 12.30 tengahari) - Zon Timur & Pekan
                                Sesi 4 (2.00 - 5.00 petang)               - Zon Tengah & Utara
       Wakil Sekolah : (i)  Guru Penolong Kanan Pentadbiran, dan
                               (ii) Setiausaha LINUS Sekolah

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

   3.1  Ucapan Pengerusi
   3.2  Taklimat pelaksanaan PLC LINUS : Lesson Study Daerah Ranau
   3.3  Konsep Kelestarian Program LINUS
   3.4  Perbincangan persediaan pelaksanaan PLC LINUS : Lesson Study peringkat
          zon
   3.5  Hal-hal lain.

Kehadiran wakil pihak sekolah adalah WAJIB. Sila hadir mengikut ketetapan jadual yang disediakan bagi memastikan agenda mesyuarat (perkara 3.4) dapat dijalankan dengan lancar.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Nazarius G. Yulip (Pegawai FasiLINUS / Penyelaras PLC LINUS, PPD Ranau) di talian 0138663098 untuk maklumat lanjut.

Sebagai makluman pihak tuan, surat panggilan mesyuarat telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing sejak 25 Julai 2012 lalu.

Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Isnin, 23 Julai 2012

GURU PEMULIHAN DI BAWAH NKRA PENDIDIKAN - LINUS

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) merupakan salah satu satu sub NKRA Pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan pada tahun 2010. LINUS dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenalpasti murid-murid yang tidak menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi seawal mugkin supaya Intervensi dapat diberikan dengan kadar segera.

Untuk makluman tuan/puan, Makmal NKRA Pendidikan telah mencadangkan supaya dibuat penambahbaikan terhadap nisbah guru pemulihan di sekolah-sekolah, daripada seorang guru pemulihan di setiap sekolah kepada guru pemulihan bagi 15 orang murid yang tidak menguasai asas literasi dan numerasi. Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Januari 2012 telah bersetuju supaya semua cadangan Makmal NKRA Pendidikan dilaksanakan.
 
 
Berikut dilampirkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 24 Tahun 2012 - GURU PEMULIHAN DI BAWAH NKRA PENDIDIKAN - LINUS. Sila klik di sini untuk muat turun.

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini