Jumaat, 28 Oktober 2011

BENGKEL KUTIPAN DAN PEMURNIAN DATA SARINGAN 6 (TAHUN 2) DAN SARINGAN 3 (TAHUN 1) BAGI PROGRAM LINUS KE LAMAN WEB NKRA PENDIDIKAN KPM

Makluman kepada semua penyelaras Program LINUS di sekolah-sekolah daerah Ranau...

Proses kutipan dan pemurnian data Program LINUS bagi saringan 6 (Kohort 1) dan saringan 3 (kohort 2) peringkat PPD Ranau akan dibuat pada 08 - 10 November 2011.

Surat makluman berkenaan perkara di atas akan diedarkan dalam masa terdekat.

Harap maklum...

PENGISIAN DATA LINUS SECARA ONLINE BAGI SARINGAN 6 (KOHORT 1) DAN SARINGAN 3 (KOHORT 2)


PERHATIAN :
1. Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan. Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana. Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR yang ada dalam kelas tersebut.

2. Kemasukkan data BERMULA dari 07 Nov - 18 Nov 2011

3. Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan contoh maklumat guru, murid LINUS PERDANA dan berkaitan.

4. Sila maklumkan kepada JPN maklumat bagi sekolah kurang murid.

5. SEMUA SEKOLAH MESTI KEMASKINI WALAUPUN SEMUA MURIDNYA SUDAH DI ALIRAN PERDANA

Jumaat, 7 Oktober 2011

KEM LINUS PERINGKAT DAERAH RANAU 2011

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan kepada sekolah-sekolah berkenaan, Kem LINUS Peringkat Daerah Ranau akan diadakan bermula pada 12 hingga 18 Oktober 2011.

Antara objektif program berkenaan ialah memastikan setiap murid yang masih belum menguasai asas Literasi dan Numerasi (khususnya kumpulan murid LINUS Tegar) dapat menunjukkan peningkatan selepas Kem Linus berkenaan. Terdapat beberapa aktiviti telah dirancangkan agar objektif yangdiharapkan dapat direalisasikan. Dianggarkan seramai 25 orang guru pengiring, 76 ibu bapa dan 38 orang murid bakal menghadiri program ini.

Berikut dilampirkan jadual pelaksanaan Program Kem LINUS Peringkat Daerah Ranau sebagai rujukan semua pihak yang berkaitan.

Diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.
Segala komitmen dan kerjasama semua pihak yang bakal terlibat dalam program ini amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima masih.

FasiLINUS PPD Ranau.

BENGKEL HEADCOUNT PROGRAM LINUS DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 3 DAN 6 PROGRAM LINUS BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 2, 2011 SERTA PENYERAHAN INSTRUMEN SARINGAN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera....

Makluman !!!

Perhatian kepada semua Guru Besar SK / SRK / SJK(c) ....

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bengkel dan taklimat tersebut akan diadakan pada 10 Oktober 2011 dan 11 Oktober 2011 mengikut agihan zon yang telah ditetapkan. Surat jemputan menghadiri bengkel  dan taklimat tersebut telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing pada 05 Oktober 2011 bersamaan hari Rabu.

Sehubungan itu, pihak tuan diminta mengarahkan seorang setiausaha atau penyelaras Program LINUS untuk menghadiri bengkel atau taklimat tersebut.

Jika ada kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331.

Berikut dilampirkan dokumen berkaitan bengkel dan taklimat pelaksanaan Saringan LINUS tersebut untuk rujukan semua...

Segala komitmen dan perhatian yang pihak tuan beri amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

FasiLINUS PPD Ranau.

Selasa, 4 Oktober 2011

Pelaksanaan Kem LINUS Peringkat Daerah Ranau

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera....

Makluman...

Perhatian kepada sekolah-sekolah yang berkaitan (terdapat murid LINUS Tegar), Program Kem LINUS yang dirancang pada awal Oktober 2011 ini tetap akan dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancangkan.

Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab masalah teknikal, program ini tidak dapat dilaksanakan mengikut ketetapan yang dibuat sebelum ini.

Oleh yang demikian , pihak FasiLINUS PPD Ranau berharap agar sekolah-sekolah berkenaan dapat bersabar dan sila tunggu makluman seterusnya (melalui surat rasmi daripada pihak PPD Ranau) untuk tindakan selanjutnya.

Segala komitmen dan perhatian yang pihak tuan beri amat kami hargai.

Terima Kasih.

FasiLINUS PPD Ranau.

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini