Rabu, 23 Mei 2012

MASALAH MAKLUMAT MURID DALAM PORTAL SAPS - IMPORT DATA PELAJAR DARI APDM KE SAPS

1.   Proses import boleh dilakukan melalui 4 cara iaitu
  • import keseluruhan sekolah.  
  • import keseluruhan tingkatan/darjah
  • import keseluruhan kelas
  • import individu
2.   Bagi pelajar yang tidak mempunyai No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir, sistem
      SAPS tidak dapat menyimpan data pelajar berkenaan.

3.   Sekiranya jumlah pelajar dalam kelas dalam SAPS tidak sama dengan APDM,
      sila import secara individu.

4.   Hapuskan pelajar yang bukan berada dalam kelas yang berkenaan.

5.   Sila semak No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir bagi mengelakkan kesilapan.

6.   Untuk mengemaskini maklumat pelajar seperti nama,agama,jantina, sila import
      pelajar berkenaan semula.

7.   SUP juga perlu import data guru kelas di menu IMPORT DATA APDM >
      Senarai Kelas dan Guru Kelas.

8.   Sebagai contoh, sekiranya senarai pelajar bagi subjek Pendidikan Islam /
      Pendidikan Moral tidak mencukupi, sila kemaskini semula kod agama pelajar
      yang terlibat di APDM dan import semula pelajar tersebut di SAPS.



***Pastikan data murid sudah dilengkapkan dan dikemaskini oleh Guru Kelas dalam
      Portal APDM.

Isnin, 21 Mei 2012

BENGKEL KUTIPAN DATA SARINGAN KHAS PROGRAM LINUS NKRA KOHORT 2 (TAHUN 2) KE PORTAL SAPS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Tarikh    :  23 - 25 Mei 2012 (Rabu, Khamis & Jumaat) - Sila rujuk lampiran diberi
Tempat   :  Pejabat LINUS, PPD Ranau (Lama)
Sesi 1, 3 &  5     :  8.30 - 12.30 pagi
Sesi 2, 4 & 6      :  2.00 - 5.00 petang

Sila klik pautan gambar di bawah untuk muat turun.


Surat Jemputan Bengkel

Jadual Bengkel (Sekolah Terlibat)

Surat panggilan bagi menghadiri sesi bengkel tersebut telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing sejak hari Jumaat (18 Mei 2012). Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan mana-mana Pegawai FasiLINUS di talian 088-875331.

Segala kerjasama yang pihak sekolah berikan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.


Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pengisian Keputusan Saringan Khas LINUS 2 akan dibuka pada 22 Mei 2012.

Harapan kami agar pihak sekolah dapat menyiapkan proses pengisian data tersebut sebelum 27 Mei 2012 (Target PPD Ranau) bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Pastikan Setiausaha Peperiksaan mengesahkan pengisian tersebut agar status sekolah dalam Portal SAPS "LENGKAP".

Selasa, 1 Mei 2012

STATUS PENGISIAN LINUS (SAPS) TERKINI

PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH...

Sila semak status pengisian data Saringan Khas LINUS sekolah masing-masing di Portal SAPS. Untuk mengetahui status tersebut, sila rujuk panduan di bawah ini.

1.    Sila layari Portal SAPS.

2.    Klik "STATUS PENGISIAN LINUS".
3.    Pilih "Sabah".

4.    Pilih "PPD RANAU".

5.    Lihat status sekolah masing-masing.


"TAHNIAH" diucapkan kepada 15 buah sekolah yang telah berjaya melengkapkan data SARINGAN KHAS LINUS bagi kelas Tahun 3 masing-masing.

Kepada sekolah-sekolah yang BELUM BERJAYA melengkapkan data pencapaian SARINGAN KHAS LINUS  ke dalam Portal SAPS, SILA AMBIL TINDAKAN SEGERA. Untuk peringatan semula, tarikh akhir pengisian data Saringan Khas LINUS ke dalam Portal SAPS ialah 3 Mei 2012 (Khamis).

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat diperlukan dalam perkara ini.



Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini