Rabu, 23 Mei 2012

MASALAH MAKLUMAT MURID DALAM PORTAL SAPS - IMPORT DATA PELAJAR DARI APDM KE SAPS

1.   Proses import boleh dilakukan melalui 4 cara iaitu
  • import keseluruhan sekolah.  
  • import keseluruhan tingkatan/darjah
  • import keseluruhan kelas
  • import individu
2.   Bagi pelajar yang tidak mempunyai No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir, sistem
      SAPS tidak dapat menyimpan data pelajar berkenaan.

3.   Sekiranya jumlah pelajar dalam kelas dalam SAPS tidak sama dengan APDM,
      sila import secara individu.

4.   Hapuskan pelajar yang bukan berada dalam kelas yang berkenaan.

5.   Sila semak No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir bagi mengelakkan kesilapan.

6.   Untuk mengemaskini maklumat pelajar seperti nama,agama,jantina, sila import
      pelajar berkenaan semula.

7.   SUP juga perlu import data guru kelas di menu IMPORT DATA APDM >
      Senarai Kelas dan Guru Kelas.

8.   Sebagai contoh, sekiranya senarai pelajar bagi subjek Pendidikan Islam /
      Pendidikan Moral tidak mencukupi, sila kemaskini semula kod agama pelajar
      yang terlibat di APDM dan import semula pelajar tersebut di SAPS.



***Pastikan data murid sudah dilengkapkan dan dikemaskini oleh Guru Kelas dalam
      Portal APDM.

Catatan Popular