Isnin, 14 November 2011

PENGISIAN DATA LINUS - SARINGAN 3 DAN 6

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

MAKLUMAN...

Pengisian data LINUS telah LENGKAP diisi oleh semua sekolah di daerah Ranau pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses tersebut.

Bagi sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai KPI yang ditetapkan, "Tahniah" ucapan diberi daripada pihak FasiLINUS.

Bagi sekolah-sekolah yang belum berjaya, harapan kami agar jangan berputus asa. Sila beri 'Kerja Rumah Terancang' kepada murid LINUS dan murid LINUS TEGAR sebagai tugasan mereka semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti. Pastikan tugasan yang diberi adalah berdasarkan konstruk 'lemah' yang mereka hadapi. Pihak sekolah dicadangkan menggunakan Modul SIAGA (Literasi) dan Modul Bijak Nombor (Numerasi) bagi memudahkan proses penyediaan tugasan murid tersebut.

Semoga dengan usaha ini dapat membantu memperbaiki kelemahan sedia ada mereka dan mampu meningkatkan prestasi program LINUS sekolah masing-masing.

FasiLINUS PPD Ranau

Catatan Popular

Terdapat ralat dalam alat ini