Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera...
Perhatian kepada semua Guru Besar & Guru LINUS / Pemulihan Khas...
Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, sasaran KPI Kebangsaan bagi Program LINUS untuk Kohort 1 (Tahun 3) pada tahun ini ialah 100%. Oleh yang demikian, pihak PPD ranau mengambil inisiatif melaksanakan Task Force LINUS sebagaimana yang diarahkan oleh pihak KPM bagi memastikan matlamat tersebut tercapai. Untuk pengetahuan pihak tuan / puan (yang berkenaan), Mesyuarat Task Force LINUS Kali Ke-2 ini telah menyasarkan 35 buah sekolah rendah yang belum mencapai 100% Murid Perdana dalam Program LINUS (Kohort 1- Tahun 3).
Berikut disertakan maklumat berkaitan perkara di atas:
Tarikh : 04 Jun 2012 (Isnin)
Tempat : Balai Ranahon (Balai Minda), PPD Ranau (Lama)
Masa : Sesi 1 : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Guru Besar)
Sesi 2 : 2.00 petang hingga 5.00 petang (Guru LINUS Tahun 3 /
Pemulihan Khas)
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Ranau (En. Rusining Bin Rusidi)
Surat pemberitahuan telah diedarkan sejak 29 Mei 2012 ke peti surat sekolah masing-masing. Mohon ambil tindakan SEGERA.
Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Harap maklum.
Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah
Pegawai FasiLINUS
PPD Ranau.
Catatan Popular
-
Makluman kepada... Guru Besar SK/SJKC Daerah ranau. Tuan, KURSUS PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI GURU LINUS BAHASA MELAYU DAN PEMU...
-
Perhatian.... Kepada sekolah-sekolah yang mempunyai Murid LINUS Tegar Saringan 4 2011, sila muat turun bahan-bahan berkaitan " INSTRU...
-
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera... Perhatian kepada Setiausaha / Penyelaras LINUS... Dengan segala hormatnya, perkara di atas d...