Khamis, 26 April 2012

PENGUMUMAN PENTING DARI SAPS

Berdasarkan pengumuman dari pihak pengurusan SAPS, tarikh pengisian data Saringan Khas LINUS telah dilanjutkan pada hari Khamis 3 Mei 2012.

Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak PPD Ranau agar semua sekolah dapat melengkapkan data dalam portal tersebut dengan kadar SEGERA bagi mengelak sebarang masalah berlaku.

Segala kerjasama dan komitmen pihak tuan amat diperlukan dan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.


Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau, Sabah.



Catatan Popular