Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
Sebagai makluman pihak tuan, Mesyuarat Ketua Sektor Bersama FasiLINUS Bil.2/2011 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 24 November 2011 telah memutuskan agar semua sekolah rendah di Sabah melaksanakan satu ujian diagnostik (LINUS) bagi mengenal pasti tahap kemahiran 3M murid-murid Tahun 1 sesi 2012.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah disarankan menggunakan bahan-bahan berikut sebagai instrumen ujian:
(a) Modul SIAGA (Set 1) bagi Bahasa Melayu; dan
(b) Instrumen Bertulis Numerasi Saringan 1 (2011) bagi Matematik.
Untuk perhatian bersama, Surat Pemberitahuan berkaitan perkara di atas telah dikeluarkan dan telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Pelaporan Ujian Diagnostik perlu dihantar atau dikembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (U.P: FasiLINUS) selewat-lewatnya pada 27 Januari 2012.
Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
FasiLINUS PPD Ranau.
Catatan Popular
-
Sila klik di sini untuk melayari Portal NKRA.
-
PERHATIAN : 1. Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan. Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah...
-
Tarikh Saringan Lisan: 9 Mac hingga 18 April 2014 Tarikh Saringan Bertulis: 20 April hingga 30 April 2014 Memasukkan Data Saringan: 5 Mei ...