Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.
Sebagai makluman bersama, "softcopy" Modul SIAGA LINUS (LITERASI) dan BIJAK NOMBOR (NUMERASI) telah diedarkan ke semua sekolah sebelum ini. Walau bagaimanapun, didapati bahawa masih terdapat beberapa buah sekolah yang mengalami "keciciran bahan" seterusnya gagal mengambil tindakan sewajarnya berkaitan bahan tersebut.
Sehubungan dengan itu, pihak FasiLINUS mengambil inisiatif mencetak dan membukukan modul-modul tersebut untuk "edaran semula" kepada semua sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah diminta menghantar wakil untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut di Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (Pejabat FasiLINUS) dalam jangka masa terdekat.
Untuk makluman pihak tuan, surat pemberitahuan telah diedarkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing.
Jika ada sebarang masalah, sila berhubung terus dengan pegawai FasiLINUS di talian 088-875331.
Segala perhatian dan keprihatinan pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
FasiLINUS PPD Ranau.
Catatan Popular
-
Sila klik di sini untuk melayari Portal NKRA.
-
PERHATIAN : 1. Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan. Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah...
-
Tarikh Saringan Lisan: 9 Mac hingga 18 April 2014 Tarikh Saringan Bertulis: 20 April hingga 30 April 2014 Memasukkan Data Saringan: 5 Mei ...