Sabtu, 26 Februari 2011

Dapatan Kursus Pemantapan FasiLINUS siri 1/2011 untuk Program Literasi & Numerasi anjuran BPG

Makluman buat semua Guru LINUS Daerah Ranau, berikut dipaparkan maklumat penting untuk rujukan semua pihak...


1.       KPI LINUS KPM bagi Tahun 2011 telah berubah.    
          Tahun 1 : Sasaran KPI Kohort 2 - 2011 (Literasi & Numerasi)  
           Saringan 1 :   80%
           Saringan 2 :   90%
           Saringan 3 :   95%

         Tahun 2 : Sasaran KPI Kohort 1 - 2010 (Literasi & Numerasi)  :
     Saringan 4 :   90%
     Saringan 5 :   95%
     Saringan 6 :   100%

2.   Instrumen Saringan LINUS  2011 (Saringan 1 bagi Tahun 1 dan Saringan 4 bagi Tahun 2) sudah diperoleh daripada KPM dan sedang dicetak (diperbanyakkan) mengikut bilangan murid di setiap sekolah daerah Ranau. Instrumen tersebut akan diedar dalam tempoh terdekat (pada perjumpaan FasiLINUS bersama Guru LINUS daerah RANAU). Harap semua pihak bersabar.....

3.   Saringan LINUS 2011(Literasi & Numerasi) bagi Tahun 1 (Saringan 1) dan Tahun 2 (Saringan 4) mesti dilaksanakan pada ketetapan berikut:
     
                    Membaca & Lisan       : 27 Feb – 31 Mac 2011
                    Menulis                          :  3 April – 8 April 2011
                    Proses memasukkan data Saringan LINUS
                    sekolah mesti dibuat pada minggu berikutnya, iaitu
                      11 April – 22 April 2011.
·         Pentadbiran instrumen saringan LINUS:
o   Mesti diurus oleh guru LINUS
o   Mesti dilaksanakan pada masa waktu P&P Bahasa Melayu dan Matematik sahaja
o   Tidak boleh dilaksanakan seperti suasana ujian @ peperiksaan
o   Menggunakan instrumen yang disediakan oleh pihak KPM sahaja
o   Boleh dijalankan dalam 4 sesi:
§  Sesi 1: konstruk 1 hingga konstruk 3
§  Sesi 2: konstruk 4 hingga konstruk 6
§  Sesi 3: konstruk 7 hingga konstruk 9
§  Sesi 4: konstruk 10 hingga konstruk 12
o   Semua konstruk mesti dijawab oleh murid LINUS dan LINUS Tegar

4.   Guru LINUS dan guru Pemulihan wajib menghadiri Kursus Pemantapan Pedagogi.
      Pihak Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah telah mengarahkan semua FasiLINUS Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan agar mengenalpasti dan menyenaraikan nama sekolah (berserta nama Guru LINUS dan Guru Pemulihan) yang mendapat pencapaian Program LINUS kurang daripada 70% ( pada Saringan 3,  tahun 2010) di daerah masing-masing. Bagi sekolah yang tersenarai, guru LINUS dan guru Pemulihan yang berkaitan diwajibkan menghadiri Kursus pemantapan pedagogi yang akan dikendalikan oleh pihak BPG sendiri.


Harap Maklum...

Catatan Popular