Isnin, 7 Februari 2011

PERANAN FASILINUS & GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM LINUS

Peranan FasiLINUS

1.   Memastikan segala maklumat berkaitan program  LINUS  sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah
•        Taklimat
•        Edaran maklumat
•        E-mail
•        Sistem pesanan ringkas berpusat (SMS)
2.   Menjalankan dan menyelaraskan latihan on-site bagi guru  LINUS
•        Micro Teaching dalam kalangan guru-guru  LINUS
   (Dilaksanakan di peringkat sekolah / dikelompokkan mengikut zon)
•        Bengkel modul LINUS  dilaksanakan secara bersiri
    (Meningkatkan penguasaan guru  LINUS  terhadap sesuatu modul)
•        Membina bahan bantu mengajar untuk guna sama
    (Meningkatkan inovasi dan kreativiti serta kepelbagaian BBM)
3.   Membantu pihak sekolah secara langsung dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang  dikenal pasti  dalam proses pengajaran dan pembelajaran
•        Perbincangan bersama guru  LINUS
•        Menentukan pendekatan atau penggunaan modul yang  bersesuaian untuk murid yang telah dikenal pasti
4.   Memberi kerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri  dan Pejabat Pelajaran Daerah.
5.  Membimbing dan memantau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS  di sekolah
•        FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses pengajaran
               dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas
6.  Memantau Pelaksanaan LINUS
•        Sistem Fail
•        Data Murid LINUS
•        Bahan Bantu  Mengajar
•        Pengajaran dan Pembelajaran
7.   Memberi  Motivasi  dan Sokongan.
8.   Mengumpul  dan Menganalisis Data
•        Keputusan Saringan 1, 2 dan 3
•        Data guru LINUS
9.   Bekerjasama dengan guru  pemulihan khas untuk membantu murid yang dikategorikan sebagai murid LINUS  Tegar.
10. Mengesan sejauh mana sekolah dapat mengurus pelaksanaan program  LINUS.
11. Membantu pihak sekolah menyediakan pelan tindakan program  LINUS.
12. Menilai keberkesanan program  LINUS  terhadap pembelajaran murid.
13. Seorang FasiLINUS bertanggungjawab terhadap 30 buah sekolah di daerahnya.
14. Menetapkan sasaran pengurangan bilangan murid LINUS selepas setiap saringan di sesebuah sekolah.

Peranan Guru LINUS

1.    Mengikuti kursus LINUS.
2.    Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru.
3.    Melaksanakan Saringan 1, 2 dan 3 bagi Lisan dan Tulisan.
4.    Mengumpul data  dan mengenal pasti murid LINUS.
5.    Mentadbir kelas dengan baik.
6.    Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS.
7.    Menfailkan data.
8.    Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang  berkesan.

Peranan Guru Matematik

1.    Mengikuti kursus dalaman LINUS
-       Dikendalikan oleh guru  LINUS (Penyelaras LINUS Sekolah)
2.    Membantu melaksanakan dan menyelaraskan Saringan 1  dan 4 pada bulan Mac.
3.    Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus perdana.
4.    Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk  murid LINUS.
5.    Membantu guru LINUS untuk mengenalpasti murid LINUS tegar.
6.    Merancang jadual waktu untuk murid LINUS tegar.
7.    Mengajar murid LINUS Tegar (dengan kejasama Guru Pemulihan).
8.    Menjalankan Ujian Diagnostik untuk murid LINUS Tegar.

Peranan Pentadbir Sekolah

1.    Mengenal pasti dan melantik guru LINUS
2.    Membentuk Jawatankuasa Kerja di sekolah
3.    Melantik AJK Kerja LINUS (Surat Lantikan)
4.    Menyediakan fail
a)    Fail Induk
-       Carta Organisasi
-       Ahli Jawatankuasa
-       Minit Curai
-       Laporan
-       Minit Mesyuarat
-       Carta Proses Kerja
b)    Fail Keputusan Saringan
-       Analisa Keputusan Saringan
-       Borang Skor Individu murid LINUS
c)    Fail Maklumat Peribadi murid LINUS
5.    Membuat perancangan tahunan
6.    Menghantar analisis keputusan saringan pada akhir bulan Mac, Jun dan September kepada PPD
7.    Memantau pelaksanaan program LINUS di sekolah sendiri dan menjalankan tindakan susulan
8.    Memberi motivasi kepada guru LINUS
9.    Bekerjasama dengan erat antara pentadbir dan  ibubapa / PIBG

Peringkat sekolah

*   Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia

Menjalankan pemantauan pelaksanaan LINUS, pentadbiran kelas, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Pihak lain yang bertanggungjawab tentang Program LINUS

  1. Jabatan Pelajaran Negeri
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Jemaah Nazir



Rujukan:

Catatan Popular