Khamis, 4 Ogos 2011

PENGISIAN DATA SARINGAN 2 (KOHORT 2) DAN SARINGAN 5 (KOHORT 1) PROGRAM LINUS

PERHATIAN....

* Sistem pengisian data saringan bagi Program LINUS telah pulih dan boleh digunakan. Diharapkan agar semua guru / Penyelaras LINUS di sekolah-sekolah daerah Ranau dapat melengkapkan maklumat yang sepatutnya dalam portal tersebut dengan segera. Pastikan data yang dimasukkan adalah tepat dan telus.

** Pemberitahuan daripada pihak Portal NKRA:

1.  Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan.  Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana.  Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR  yang ada dalam kelas tersebut.

2.  Kemasukkan data hanya dari 01 Ogos - 12 Ogos 2011

3. Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan contoh maklumat guru, murid LINUS PERDANA dan berkaitan.

4. Sila maklumkan kepada JPN maklumat bagi sekolah kurang murid.

5.  SEMUA SEKOLAH MESTI KEMASKINI WALAUPUN SEMUA MURIDNYA SUDAH DI ALIRAN PERDANA

***Semoga pencapaian setiap saringan di sekolah-sekolah pihak tuan menunjukkan prestasi yang memberansangkan seterusnya dapat menjulang nama daerah RANAU di peringkat negeri Sabah dan seluruh Malaysia dalam pelaksanaan Program LINUS kali ini.

Catatan Popular