Jumaat, 4 Mac 2011

KAEDAH PELAKSANAAN SARINGAN NUMERASI (LISAN)

  1. Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 27 Feb – 31 Mac 2011
  2. Semua murid Tahun 1 (kohort 2) dan Tahun 2 (kohort 1) yang tidak melepasi Saringan 3 (2010)  mesti menduduki saringan ini
  3. Ditadbir oleh guru LINUS mengikut masa yang ditetapkan menggunakan bahasa pengantar di sekolah
  4. Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)
  5. Ditadbir mengikut urutan item / konstruk
  6. Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid
  7. Guru LINUS disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan
  8. Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid
  9. Guru LINUS perlu membantu murid memahami tugasan item  / konstruk
  10. Murid disaring secara telus dan jujur
  11. Guru LINUS mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Instrumen Saringan Numerasi
  12. Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-dua item yang mengukur konstruk tersebut

Catatan Popular