Jumaat, 7 Oktober 2011

KEM LINUS PERINGKAT DAERAH RANAU 2011

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan kepada sekolah-sekolah berkenaan, Kem LINUS Peringkat Daerah Ranau akan diadakan bermula pada 12 hingga 18 Oktober 2011.

Antara objektif program berkenaan ialah memastikan setiap murid yang masih belum menguasai asas Literasi dan Numerasi (khususnya kumpulan murid LINUS Tegar) dapat menunjukkan peningkatan selepas Kem Linus berkenaan. Terdapat beberapa aktiviti telah dirancangkan agar objektif yangdiharapkan dapat direalisasikan. Dianggarkan seramai 25 orang guru pengiring, 76 ibu bapa dan 38 orang murid bakal menghadiri program ini.

Berikut dilampirkan jadual pelaksanaan Program Kem LINUS Peringkat Daerah Ranau sebagai rujukan semua pihak yang berkaitan.

Diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya nanti.
Segala komitmen dan kerjasama semua pihak yang bakal terlibat dalam program ini amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima masih.

FasiLINUS PPD Ranau.

Catatan Popular