Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
Sebagai makluman pihak tuan, Mesyuarat Ketua Sektor Bersama FasiLINUS Bil.2/2011 Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 24 November 2011 telah memutuskan agar semua sekolah rendah di Sabah melaksanakan satu ujian diagnostik (LINUS) bagi mengenal pasti tahap kemahiran 3M murid-murid Tahun 1 sesi 2012.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah disarankan menggunakan bahan-bahan berikut sebagai instrumen ujian:
(a) Modul SIAGA (Set 1) bagi Bahasa Melayu; dan
(b) Instrumen Bertulis Numerasi Saringan 1 (2011) bagi Matematik.
Untuk perhatian bersama, Surat Pemberitahuan berkaitan perkara di atas telah dikeluarkan dan telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Pelaporan Ujian Diagnostik perlu dihantar atau dikembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (U.P: FasiLINUS) selewat-lewatnya pada 27 Januari 2012.
Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
FasiLINUS PPD Ranau.
Catatan Popular
-
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.... Makluman !!! Perhatian kepada semua Guru Besar SK / SRK / SJK(c) .... Dengan segala horm...
-
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera... Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk. Saringan Membaca (Literasi) dan Lisan (N...
-
MAKLUMAN KEPADA ... Guru-guru berkenaan, Melalui, Guru Besar, SK. ____________ 89300 Ranau. Dengan segala hormatnya, dimaklumkan ba...