Memaparkan catatan dengan label Instrumen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Instrumen. Papar semua catatan

Ahad, 23 September 2012

PELAKSANAAN SARINGAN 3, 6 DAN 9 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) BAGI MURID TAHUN 1, 2 DAN 3

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

Saringan Membaca (Literasi) dan Lisan (Numerasi)  perlu dilaksanakan mulai 23 September hingga 12 Oktober 2012.


Saringan Menulis (Literasi) dan Bertulis (Numerasi) pula akan dilaksanakan mulai 14  hingga 19 Oktober 2012.

Proses memasukkan data Saringan 2 dan Saringan 8 akan bermula 22 Oktober hingga 2 November 2012.
 Sebagai makluman, surat pemberitahuan berkaitan perkara di atas telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing sejak 21 September 2012.

Untuk muat turun Instrumen Saringan Membaca (Literasi) dan Lisan (Numerasi), sila klik di sini.




Tindakan Sekolah (Saringan Membaca & Lisan) :

a) Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 3 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan) dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar Bahasa Malaysia & Matematik kelas Tahun 1.

b) Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 6 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan) dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi & Numerasi) kelas Tahun 2.

c) Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 9 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan) dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi & Numerasi) kelas Tahun 3.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331 atau kirimkan emel ke linusppdranau@gmail.com.

Segala kerjasama dan perhatian yang pihak sekolah berikan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.


Tindakan Sekolah (Saringan Menulis & Bertulis) - update pada 16/10/2012:

Sila rujuk manual pentadbiran saringan sebelum ianya dijalankan.

Untuk muat turun Instrumen Saringan Menulis (Literasi) dan Bertulis (Numerasi), sila klik di sini.



Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau.

Khamis, 21 Jun 2012

PELAKSANAAN SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 3, 2012

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

Saringan ini perlu dilaksanakan mulai 17 Jun hingga 13 Julai 2012.

Proses memasukkan data Saringan 2 dan Saringan 8 akan bermula 23 Julai hingga 3 Ogos 2012.

Sebagai makluman, surat pemberitahuan berkaitan perkara di atas telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing sejak 15 Jun 2012.

Sila hantar wakil sekolah ke PPD Ranau dengan SEGERA untuk mendapatkan CD (softcopy) yang mengandungi Instrumen Literasi Membaca dan  Instrumen Numerasi Lisan serta Manual Am.

Tindakan Sekolah:

a)    Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 2 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan)  dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar Bahasa Malaysia & Matematik kelas Tahun 1.

b)    Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 8 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan) dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi & Numerasi) kelas Tahun 2.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331 atau kirimkan emel ke linusppdranau@gmail.com.
 
Segala kerjasama dan perhatian yang pihak sekolah berikan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau.

Isnin, 20 Jun 2011

BENGKEL HEADCOUNT PROGRAM LINUS DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 1 DAN 5 LINUS BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 2, 2011 SERTA PENYERAHAN INSTRUMEN SARINGAN

Makluman kepada semua Guru Besar SK / SRK / SJK(c) ....

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bengkel dan taklimat tersebut akan diadakan bermula pada 22 Jun 2011 mengikut agihan zon yang telah ditetapkan. Surat jemputan menghadiri bengkel  dan taklimat tersebut telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing pada hari ini.

Sehubungan itu, pihak tuan diminta mengarahkan seorang setiausaha atau penyelaras Program LINUS untuk menghadiri bengkel atau taklimat tersebut. Kehadiran adalah WAJIB.

Sila bawa bersama data saringan 1 dan 4 sesi 2011 ke bengkel / taklimat ini.

Jika ada kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331.

Berikut dilampirkan jadual berkaitan bengkel dan taklimat LINUS tersebut untuk rujukan semua...

                                        Pendaftaran Peserta:-
                                        Sesi pagi - 7.45 pagi
                                        Sesi petang - 1.45 petang

Rabu, 20 April 2011

PELAKSANAAN INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN UNTUK MURID LINUS TEGAR SARINGAN 4 2011

Perhatian....

Kepada sekolah-sekolah yang mempunyai Murid LINUS Tegar Saringan 4 2011, sila muat turun bahan-bahan berkaitan "INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN".

1.  Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah
2.  Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah

Sila hantar laporan berkaitan (jika ada) kepada En. Asman Bin Saman di Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (lama) pada atau sebelum 25 April 2011.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum.

Catatan Popular