Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Berikutan saranan pemberian aktiviti "Kerja Rumah Terancang" kepada murid-murid kategori LINUS dan LINUS Tegar pada waktu cuti persekolahan akhir tahun 2011, pihak sekolah yang berkaitan dikehendaki menghantar laporan bagi pelaksanaan aktiviti tersebut dengan menggunakan format borang yang disediakan.
Dimaklumkan bahawa surat makluman dan borang pelaporan telah dimasukkan ke peti surat sekolah masing-masing untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Semua pelaporan perlu dikembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (U.P:-FasiLINUS) selewat-lewatnya pada 30 Januari 2012 (Isnin).
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
FasiLINUS PPD Ranau.
Catatan Popular
-
Peranan FasiLINUS 1. Memastikan segala maklumat berkaitan program LINUS sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah • Taklimat...
-
Berikut dilampirkan jadual pelaksanaan Saringan LINUS dan Saringan Khas LINUS bagi sesi 2012 untuk rujukan semua sekolah. FasiLINUS PPD R...
-
Barisan FasiLINUS Literasi Zon Sabah Barisan FasiLINUS Numerasi Zon Sabah