Jumaat, 4 Mac 2011

KAEDAH PENTADBIRAN INSTRUMEN LITERASI MEMBACA

1.  Instrumen literasi membaca mengandungi 12 konstruk.
2.  Instrumen ini ditadbir secara lisan serta berterusan semasa
     waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
3.  Instrumen ini ditadbir secara individu atau kumpulan kecil tidak
     melebihi tiga orang murid serta mengikut kesediaan murid.
4.  Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
5.  Setelah kesemua konstruk ditaksir, pentaksir boleh mengulang 
     mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.
6.  Murid boleh memberi respons secara mengeja atau membaca
     terus.
7.  Dicadangkan murid duduk bersebelahan pentaksir ketika
     pentaksiran dilaksanakan.
8.  Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan
     jujur.
9.  Kesemua konstruk hendaklah ditaksir dalam jangka masa yang
     telah ditetapkan.
10.Setiap konstruk yang dikuasai oleh murid hendaklah diisi dalam
     Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang baharu.
11.Pentaksir perlu melengkapkan BPPI dengan nama murid, kelas
     dan tahun.
12.Pentaksir perlu mencatat penguasaan murid bagi setiap
     konstruk pada ru ang yang disediakan.
13.BPPI yang telah lengkap diisi hendaklah disimpan dalam fail
     peribadi murid untuk tujuan rujukan.
14.Jika murid bertukar ke sekolah lain, BPPI hendaklah dibekalkan
     bersama-sama murid.

Catatan Popular