Memaparkan catatan dengan label Bengkel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bengkel. Papar semua catatan
Isnin, 6 Mei 2013
BENGKEL PENGISIAN DATA SARINGAN 1/2013 PROGRAM LINUS 2.0 PEJABAT PELAJARAN DAERAH RANAU
Untuk PERHATIAN Penyelaras LINUS Sekolah di daerah Ranau...
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 08, 09 dan 10 Mei 2013
Masa : Sesi 1, 2 dan 4 - dilaksanakan pada pukul 2.00 - 5.00 petang
Sesi 3 - dilaksanakan pada pukul 8.00 pagi - 12.30 tengahari
*** Surat makluman berkaitan bengkel di atas telah diedarkan
dan dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing
sejak 02 Mei 2013.
*** Sila rujuk lampiran yang disertakan / dipamerkan di bawah ini.
Sila pastikan segala maklumat berkaitan Saringan LINUS 2.0 2013 telah selesai disemak oleh guru.
Sila bawa bersama perkara-perkara berkaitan semasa menghadiri bengkel tersebut:
1. komputer riba
2. data saringan yang lengkap
3. peralatan "Broadband" (jika ada)
Sila klik di sini untuk pautan ke Portal NKRA.
Jika ada sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS untuk maklumat lanjut di talian 088-875331 (Pejabat PPD Ranau - Lama), 019-8956098 (Asman), 013-8793786 (Roseline), 013-8542608 (Ronnie @ Abdul Rahman), 019-8702711 (Wilda), 019-8319886 (Marcelus) dan 013-8663098 (Nazarius).
Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh
Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah
Selasa, 23 Oktober 2012
BENGKEL PENYELARASAN DATA SARINGAN 3, 6 & 9 PROGRAM LINUS NKRA 2012 PPD RANAU
Perhatian kepada semua Setiausaha / Penyelaras LINUS...
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan dijemput menghadiri bengkel sepertimana tertera di atas.
Susulan dengan makluman ini, anda diingatkan agar memastikan semua data saringan (3, 6 & 9) telah lengkap diisi ke dalam Portal NKRA sebagai persediaan awal mengikuti bengkel tersebut.
Sehubungan itu, anda tidak perlu membawa komputer riba semasa mengikuti sesi bengkel tersebut. Sebaliknya maklumat / dokumen seperti berikut yang perlu dibawa bersama:
Surat Jemputan telah diedarkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing sejak 23 Oktober 2012.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Asman Bin Saman (Pegawai FasiLINUS) di talian 088-875331 pada waktu pejabat.
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
Unit Pengurusan Akademik,
Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan dijemput menghadiri bengkel sepertimana tertera di atas.
Susulan dengan makluman ini, anda diingatkan agar memastikan semua data saringan (3, 6 & 9) telah lengkap diisi ke dalam Portal NKRA sebagai persediaan awal mengikuti bengkel tersebut.
Sehubungan itu, anda tidak perlu membawa komputer riba semasa mengikuti sesi bengkel tersebut. Sebaliknya maklumat / dokumen seperti berikut yang perlu dibawa bersama:
- Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) setiap murid Tahun 1,
- Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) murid berstatus LINUS dan LINUS TEGAR Tahun 2 (jika masih ada).
- Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) Tahun 3 (jika masih ada).
- Keputusan Saringan 3, 6 dan 9 yang dicetak daripada Portal NKRA (disahkan oleh Guru Besar).
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Asman Bin Saman (Pegawai FasiLINUS) di talian 088-875331 pada waktu pejabat.
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
Unit Pengurusan Akademik,
Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.
Rabu, 15 Ogos 2012
BENGKEL KHAS PELAPORAN DATA KEHADIRAN MURID LINUS SEKOLAH RENDAH PEDALAMAN (MENERIMA EKMLTK P1-P2-P3) PPD RANAU
Tarikh : 6 Ogos 2012
Tempat : Pejabat FasiLINUS (UPA), PPD Ranau (lama)
Masa : 08.30 pagi hingga 5.00 petang
Tahniah diucapkan kepada semua guru yang hadir dalam bengkel tersebut kerana berjaya melengkapkan pelaporan yang diberikan. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Foto berkaitan:

Selasa, 17 April 2012
BENGKEL KUTIPAN DATA SARINGAN 1 (KOHORT 3 - TAHUN 1), SARINGAN 4 (KOHORT 2 - TAHUN 2) DAN SARINGAN KHAS (KOHORT 1 - TAHUN 3) PROGRAM LINUS NKRA DAERAH RANAU 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.
Tarikh : 17 - 19 April 2012 (Selasa, Rabu & Khamis)
Tempat : Pejabat LINUS (UPA), PPD Ranau
Masa : 8.30 pagi - 12.30 pagi (sesi 1 - Selasa, Rabu & Khamis)
2.00 petang - 5.00 petang (sesi 2 - Selasa, Rabu & Khamis)
Pegawai yang terlibat: Setiausaha / Penyelaras Program LINUS
*Sila rujuk surat makluman / edaran untuk maklumat lanjut.
Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau, Sabah.

Jumaat, 7 Oktober 2011
BENGKEL HEADCOUNT PROGRAM LINUS DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 3 DAN 6 PROGRAM LINUS BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 2, 2011 SERTA PENYERAHAN INSTRUMEN SARINGAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera....
Makluman !!!
Perhatian kepada semua Guru Besar SK / SRK / SJK(c) ....
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bengkel dan taklimat tersebut akan diadakan pada 10 Oktober 2011 dan 11 Oktober 2011 mengikut agihan zon yang telah ditetapkan. Surat jemputan menghadiri bengkel dan taklimat tersebut telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing pada 05 Oktober 2011 bersamaan hari Rabu.
Sehubungan itu, pihak tuan diminta mengarahkan seorang setiausaha atau penyelaras Program LINUS untuk menghadiri bengkel atau taklimat tersebut.
Jika ada kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331.
Berikut dilampirkan dokumen berkaitan bengkel dan taklimat pelaksanaan Saringan LINUS tersebut untuk rujukan semua...
Segala komitmen dan perhatian yang pihak tuan beri amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

FasiLINUS PPD Ranau.
Isnin, 1 Ogos 2011
PELAKSANAAN BENGKEL PENGISIAN DATA PROGRAM LINUS BAGI SARINGAN 2 (KOHORT 2 / TAHUN 1) DAN SARINGAN 5 (KOHORT 1 / TAHUN 2)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Perkara-perkara berkaitan bengkel tersebut:-
(a) Sasaran peserta:- Setiausaha / Penyelaras LINUS
(b) Peralatan yang perlu dibawa:- 1. komputer riba (ada perisian SMM)
2. wayar extension
3. broadband
4. borang BPPI murid LINUS
5. data SMM (telah dikemaskini)
Bagi sekolah-sekolah yang telah mencapai 100% perdana, adalah diingatkan bahawa kehadiran guru berkenaan WAJIB kerana data murid PERDANA masih perlu dilaporkan.
Berikut dilampirkan jadual berkaitan untuk rujukan semua pihak.
Harap maklum...
Isnin, 20 Jun 2011
BENGKEL HEADCOUNT PROGRAM LINUS DAN TAKLIMAT PELAKSANAAN SARINGAN 1 DAN 5 LINUS BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 2, 2011 SERTA PENYERAHAN INSTRUMEN SARINGAN
Makluman kepada semua Guru Besar SK / SRK / SJK(c) ....
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bengkel dan taklimat tersebut akan diadakan bermula pada 22 Jun 2011 mengikut agihan zon yang telah ditetapkan. Surat jemputan menghadiri bengkel dan taklimat tersebut telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing pada hari ini.
Sehubungan itu, pihak tuan diminta mengarahkan seorang setiausaha atau penyelaras Program LINUS untuk menghadiri bengkel atau taklimat tersebut. Kehadiran adalah WAJIB.
Sila bawa bersama data saringan 1 dan 4 sesi 2011 ke bengkel / taklimat ini.
Jika ada kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331.
Berikut dilampirkan jadual berkaitan bengkel dan taklimat LINUS tersebut untuk rujukan semua...

Pendaftaran Peserta:-
Sesi pagi - 7.45 pagi
Sesi petang - 1.45 petang
Selasa, 12 April 2011
BENGKEL PENGISIAN DATA SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4 PROGRAM LINUS KE LAMAN WEB NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2011
Perhatian kepada sekolah-sekolah rendah di daerah Ranau...
Pihak tuan diminta menghantar seorang wakil sama ada Setiausaha Program LINUS atau Guru LINUS di sekolah tuan bagi menghadiri sesi bengkel berkenaan dengan membawa bersama perkara-perkara yang berikut:
2.1 komputer riba ( mempunyai WIFI )
2.2 wayar extension
2.3 broadband (jika ada)
2.4 keputusan Saringan 1 dan Saringan 4 Program LINUS Literasi dan Numerasi (sila bawa bersama Borang Pelaporan Prestasi Individu [BPPI] setiap murid LINUS).
2.5 maklumat SMM murid Tahun 1 dan 2 dalam bentuk softcopy
Sila rujuk jadual pelaksanaan bengkel yang dilampirkan bersama.

Klik senarai di bawah untuk muat turun bahan berkaitan bengkel ini:
Jike terdapat sebarang kemusykilan mengenai perkara ini, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331. Harap maklum...
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Tarikh : 1 April 2011 Tempat : PPD Ranau (lama) Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari Senarai sekolah yang terlibat:- 1. SK KAINGARAN (sud...
-
Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera... Perhatian kepada semua Guru Besar & Guru LINUS / Pemulihan Khas... Sukacita dimakl...