Khamis, 21 Jun 2012

PELAKSANAAN SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 3, 2012

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

Saringan ini perlu dilaksanakan mulai 17 Jun hingga 13 Julai 2012.

Proses memasukkan data Saringan 2 dan Saringan 8 akan bermula 23 Julai hingga 3 Ogos 2012.

Sebagai makluman, surat pemberitahuan berkaitan perkara di atas telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing sejak 15 Jun 2012.

Sila hantar wakil sekolah ke PPD Ranau dengan SEGERA untuk mendapatkan CD (softcopy) yang mengandungi Instrumen Literasi Membaca dan  Instrumen Numerasi Lisan serta Manual Am.

Tindakan Sekolah:

a)    Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 2 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan)  dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar Bahasa Malaysia & Matematik kelas Tahun 1.

b)    Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 8 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan) dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi & Numerasi) kelas Tahun 2.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331 atau kirimkan emel ke linusppdranau@gmail.com.
 
Segala kerjasama dan perhatian yang pihak sekolah berikan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau.

Catatan Popular