Makluman !!!
Perhatian kepada semua Guru Besar SK / SRK / SJK(c) ....
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Bengkel dan taklimat tersebut akan diadakan pada 10 Oktober 2011 dan 11 Oktober 2011 mengikut agihan zon yang telah ditetapkan. Surat jemputan menghadiri bengkel dan taklimat tersebut telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing pada 05 Oktober 2011 bersamaan hari Rabu.
Sehubungan itu, pihak tuan diminta mengarahkan seorang setiausaha atau penyelaras Program LINUS untuk menghadiri bengkel atau taklimat tersebut.
Jika ada kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331.
Berikut dilampirkan dokumen berkaitan bengkel dan taklimat pelaksanaan Saringan LINUS tersebut untuk rujukan semua...
Segala komitmen dan perhatian yang pihak tuan beri amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
FasiLINUS PPD Ranau.