Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan dijemput menghadiri bengkel sepertimana tertera di atas.
Susulan dengan makluman ini, anda diingatkan agar memastikan semua data saringan (3, 6 & 9) telah lengkap diisi ke dalam Portal NKRA sebagai persediaan awal mengikuti bengkel tersebut.
Sehubungan itu, anda tidak perlu membawa komputer riba semasa mengikuti sesi bengkel tersebut. Sebaliknya maklumat / dokumen seperti berikut yang perlu dibawa bersama:
- Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) setiap murid Tahun 1,
- Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) murid berstatus LINUS dan LINUS TEGAR Tahun 2 (jika masih ada).
- Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) Tahun 3 (jika masih ada).
- Keputusan Saringan 3, 6 dan 9 yang dicetak daripada Portal NKRA (disahkan oleh Guru Besar).
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Asman Bin Saman (Pegawai FasiLINUS) di talian 088-875331 pada waktu pejabat.
Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.
Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
Unit Pengurusan Akademik,
Pejabat Pelajaran Daerah Ranau.