Khamis, 21 Jun 2012

PELAKSANAAN SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8 PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) BAGI MURID TAHUN 1 DAN TAHUN 3, 2012

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

Saringan ini perlu dilaksanakan mulai 17 Jun hingga 13 Julai 2012.

Proses memasukkan data Saringan 2 dan Saringan 8 akan bermula 23 Julai hingga 3 Ogos 2012.

Sebagai makluman, surat pemberitahuan berkaitan perkara di atas telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing sejak 15 Jun 2012.

Sila hantar wakil sekolah ke PPD Ranau dengan SEGERA untuk mendapatkan CD (softcopy) yang mengandungi Instrumen Literasi Membaca dan  Instrumen Numerasi Lisan serta Manual Am.

Tindakan Sekolah:

a)    Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 2 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan)  dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar Bahasa Malaysia & Matematik kelas Tahun 1.

b)    Mencetak dua (2) salinan Instrumen Saringan 8 Literasi & Numerasi (Membaca dan Lisan) dan Manual Instrumen serta satu (1) salinan Manual Am bagi setiap guru yang mengajar kelas LINUS (Literasi & Numerasi) kelas Tahun 2.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331 atau kirimkan emel ke linusppdranau@gmail.com.
 
Segala kerjasama dan perhatian yang pihak sekolah berikan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah,
Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau.

Ahad, 3 Jun 2012

Mesyuarat Task Force LINUS Kali Ke-2

Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera...

Perhatian kepada semua Guru Besar & Guru LINUS / Pemulihan Khas...

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sasaran KPI Kebangsaan bagi Program LINUS untuk Kohort 1 (Tahun 3) pada tahun ini ialah 100%. Oleh yang demikian, pihak PPD ranau mengambil inisiatif melaksanakan Task Force LINUS sebagaimana yang diarahkan oleh pihak KPM bagi memastikan matlamat tersebut tercapai. Untuk pengetahuan pihak tuan / puan (yang berkenaan), Mesyuarat Task Force LINUS Kali Ke-2 ini telah menyasarkan 35 buah sekolah rendah yang belum mencapai 100% Murid Perdana dalam Program LINUS (Kohort 1-  Tahun 3).

Berikut disertakan maklumat berkaitan perkara di atas:

Tarikh       :   04 Jun 2012 (Isnin)
Tempat     :   Balai Ranahon (Balai Minda), PPD Ranau (Lama)
Masa         :  Sesi 1 : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari  (Guru Besar)
                     Sesi 2 : 2.00 petang hingga 5.00 petang (Guru LINUS Tahun 3 /
                     Pemulihan Khas)
Pengerusi :    Pegawai Pelajaran Daerah, PPD Ranau (En. Rusining Bin Rusidi)

Surat pemberitahuan telah diedarkan sejak 29 Mei 2012 ke peti surat sekolah masing-masing. Mohon ambil tindakan SEGERA.

Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum.


Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah
Pegawai FasiLINUS
PPD Ranau.

Catatan Popular