Isnin, 28 Januari 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 2.0 (2013-2015) PEJABAT PELAJARAN DAERAH RANAU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera....

Perhatian kepada Setiausaha LINUS Sekolah,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat khas berkaitan pelaksanaan Program LINUS 2.0 (2013-2015) akan diadakan melibatkan semua Setiausaha LINUS. Oleh hal yang demikian, tuan / puan dijemput  hadir bagi menghadiri taklimat tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh :    30 Januari 2013 (Lokasi : Pejabat LINUS - Masa: 2.00 petang)
               31 Januari 2013 (Lokasi : Pejabat LINUS - Masa: 2.00 petang)
               01 Februari 2013 (Lokasi : PKG Ranau - Masa: 2.00 petang)

Antara agenda yang disentuh ialah
  1. Status Pencapaian LINUS PPD Ranau 2012 dan Sasaran KPI 2013
  2. Takwim dan Pelan Tindakan (berdasarkan 6 fokus)
  3. Review PROBIP LINUS 2012 dan  Perancangan Pelaksanaan PROBIP 2013
  4. Persidangan LINUS Antarabangsa 2012 : Satu Perkongsian
  5. Pelaksanaan LINUS 2.0 (2013-2015)

Untuk makluman pihak tuan / puan, surat pemberitahuan berkenaan taklimat tersebut telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing pada 25 Januari 2013 (Jumaat).

Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan kami amat hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Catatan Popular