Ahad, 18 Ogos 2013

KURSUS DALAMAN GURU LINUS BAHARU PPD RANAU 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa kursus di atas bakal dilaksanakan ketetapan berikut:

Tarikh                     :  19 & 20 Ogos 2013
Tempat                    :   Balai Ranahon, PPD Lama Ranau
Masa                       :   7.30 pagi hingga 5.00 petang
Kumpulan sasaran  :  Guru-guru mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan
                                   Bahasa Inggeris (Tahun 1 sahaja) Tahap 1 yang belum
                                   pernah mendapat pendedahan kursus atau bengkel berkaitan
                                   Program LINUS.

Guru-guru berkenaan diminta hadir mengikut jadual yang ditetapkan. Sila rujuk surat makluman dan lampiran berkaitan yang telah dimasukkan peti surat sekolah masing-masing sejak minggu lepas.

"BERSAMA MEREALISASIKAN SEMANGAT RANAU NO. 1"


Disediakan oleh Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU...

 
Semoga tema Hari Guru Tahun 2013 yakni "Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda" dihayati oleh seluruh warga pendidik daerah Ranau.


Daripada FasiLINUS PPD Ranau...

Isnin, 6 Mei 2013

BENGKEL PENGISIAN DATA SARINGAN 1/2013 PROGRAM LINUS 2.0 PEJABAT PELAJARAN DAERAH RANAU


Untuk PERHATIAN Penyelaras LINUS Sekolah di daerah Ranau...

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh       :  08, 09 dan 10 Mei 2013
Masa       :  Sesi 1, 2 dan 4  - dilaksanakan pada pukul 2.00 - 5.00 petang
                  Sesi 3  -  dilaksanakan pada pukul 8.00 pagi - 12.30 tengahari
                  *** Surat makluman berkaitan bengkel di atas telah diedarkan
                       dan dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing
                       sejak 02 Mei 2013.
                  *** Sila rujuk lampiran yang disertakan / dipamerkan di bawah ini.


Sila pastikan segala maklumat berkaitan Saringan LINUS 2.0 2013 telah selesai disemak oleh guru.

Sila bawa bersama perkara-perkara berkaitan semasa menghadiri bengkel tersebut:   
                                    1.  komputer riba
                                    2.  data saringan yang lengkap
                                    3.  peralatan "Broadband" (jika ada)

Sila klik di sini untuk pautan ke Portal NKRA.

Jika ada sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS untuk maklumat lanjut di talian 088-875331 (Pejabat PPD Ranau - Lama), 019-8956098 (Asman), 013-8793786 (Roseline), 013-8542608 (Ronnie @ Abdul Rahman), 019-8702711 (Wilda), 019-8319886 (Marcelus) dan 013-8663098 (Nazarius).

Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh
Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah

Sabtu, 6 April 2013

MAKLUMAN DARI PORTAL NKRA : PELAKSANAAN SARINGAN LINUS 2013


Surat siaran perlaksanaan linus 2.0 2013 telah dimuatnaik ke dalam portal.
Sila muat turun dokumen ini. Klik di sini untuk muat turun.

Isnin, 28 Januari 2013

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 2.0 (2013-2015) PEJABAT PELAJARAN DAERAH RANAU

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera....

Perhatian kepada Setiausaha LINUS Sekolah,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat khas berkaitan pelaksanaan Program LINUS 2.0 (2013-2015) akan diadakan melibatkan semua Setiausaha LINUS. Oleh hal yang demikian, tuan / puan dijemput  hadir bagi menghadiri taklimat tersebut mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh :    30 Januari 2013 (Lokasi : Pejabat LINUS - Masa: 2.00 petang)
               31 Januari 2013 (Lokasi : Pejabat LINUS - Masa: 2.00 petang)
               01 Februari 2013 (Lokasi : PKG Ranau - Masa: 2.00 petang)

Antara agenda yang disentuh ialah
  1. Status Pencapaian LINUS PPD Ranau 2012 dan Sasaran KPI 2013
  2. Takwim dan Pelan Tindakan (berdasarkan 6 fokus)
  3. Review PROBIP LINUS 2012 dan  Perancangan Pelaksanaan PROBIP 2013
  4. Persidangan LINUS Antarabangsa 2012 : Satu Perkongsian
  5. Pelaksanaan LINUS 2.0 (2013-2015)

Untuk makluman pihak tuan / puan, surat pemberitahuan berkenaan taklimat tersebut telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing pada 25 Januari 2013 (Jumaat).

Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan kami amat hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Catatan Popular