Assalamu'alaikum wbt dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dijemput hadir ke mesyuarat sepertimana tertera di atas mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 30 dan 31 Julai 2012 (sila rujuk lampiran jadual yang
disediakan)
Tempat : Balai Ranahon, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (Lama)
Masa : Sesi 1 (8.30 pagi - 12.30 tengahari) - Zon Ulu Sugut & Garas
Sesi 2 (2.00 - 5.00 petang) - Zon Selatan & Kinabalu
Sesi 3 (8.30 pagi - 12.30 tengahari) - Zon Timur & Pekan
Sesi 4 (2.00 - 5.00 petang) - Zon Tengah & Utara
Wakil Sekolah : (i) Guru Penolong Kanan Pentadbiran, dan
(ii) Setiausaha LINUS Sekolah
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Taklimat pelaksanaan PLC LINUS : Lesson Study Daerah Ranau
3.3 Konsep Kelestarian Program LINUS
3.4 Perbincangan persediaan pelaksanaan PLC LINUS : Lesson Study peringkat
zon
3.5 Hal-hal lain.
Kehadiran wakil pihak sekolah adalah WAJIB. Sila hadir mengikut ketetapan jadual yang disediakan bagi memastikan agenda mesyuarat (perkara 3.4) dapat dijalankan dengan lancar.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Nazarius G. Yulip (Pegawai FasiLINUS / Penyelaras PLC LINUS, PPD Ranau) di talian 0138663098 untuk maklumat lanjut.
Sebagai makluman pihak tuan, surat panggilan mesyuarat telah diedarkan ke peti surat sekolah masing-masing sejak 25 Julai 2012 lalu.
Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Ahad, 29 Julai 2012
Khamis, 26 Julai 2012
Isnin, 23 Julai 2012
GURU PEMULIHAN DI BAWAH NKRA PENDIDIKAN - LINUS
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) merupakan salah satu satu sub NKRA Pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan pada tahun 2010. LINUS dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenalpasti murid-murid yang tidak menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi seawal mugkin supaya Intervensi dapat diberikan dengan kadar segera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) merupakan salah satu satu sub NKRA Pendidikan di bawah Program Transformasi Kerajaan yang diperkenalkan pada tahun 2010. LINUS dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenalpasti murid-murid yang tidak menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi seawal mugkin supaya Intervensi dapat diberikan dengan kadar segera.
Untuk makluman tuan/puan,
Makmal NKRA Pendidikan telah mencadangkan supaya dibuat penambahbaikan terhadap
nisbah guru pemulihan di sekolah-sekolah, daripada seorang guru pemulihan di
setiap sekolah kepada guru pemulihan bagi 15 orang murid yang tidak menguasai
asas literasi dan numerasi. Dalam hal ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27
Januari 2012 telah bersetuju supaya semua cadangan Makmal NKRA Pendidikan
dilaksanakan.
Berikut dilampirkan Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 24 Tahun 2012 - GURU PEMULIHAN DI BAWAH NKRA PENDIDIKAN - LINUS. Sila klik di sini untuk muat turun.
Langgan:
Catatan (Atom)
Catatan Popular
-
Peranan FasiLINUS 1. Memastikan segala maklumat berkaitan program LINUS sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah • Taklimat...
-
Berikut dilampirkan jadual pelaksanaan Saringan LINUS dan Saringan Khas LINUS bagi sesi 2012 untuk rujukan semua sekolah. FasiLINUS PPD R...
-
Barisan FasiLINUS Literasi Zon Sabah Barisan FasiLINUS Numerasi Zon Sabah