1. Instrumen literasi membaca mengandungi 12 konstruk.
2. Instrumen ini ditadbir secara lisan serta berterusan semasa
waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
3. Instrumen ini ditadbir secara individu atau kumpulan kecil tidak
melebihi tiga orang murid serta mengikut kesediaan murid.
4. Instrumen ini ditadbir mengikut urutan konstruk.
5. Setelah kesemua konstruk ditaksir, pentaksir boleh mengulang
mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid.
6. Murid boleh memberi respons secara mengeja atau membaca
terus.
7. Dicadangkan murid duduk bersebelahan pentaksir ketika
pentaksiran dilaksanakan.
8. Pentadbiran instrumen ini haruslah dilakukan secara telus dan
jujur.
9. Kesemua konstruk hendaklah ditaksir dalam jangka masa yang
telah ditetapkan.
10.Setiap konstruk yang dikuasai oleh murid hendaklah diisi dalam
Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) yang baharu.
11.Pentaksir perlu melengkapkan BPPI dengan nama murid, kelas
dan tahun.
12.Pentaksir perlu mencatat penguasaan murid bagi setiap
konstruk pada ru ang yang disediakan.
13.BPPI yang telah lengkap diisi hendaklah disimpan dalam fail
peribadi murid untuk tujuan rujukan.
14.Jika murid bertukar ke sekolah lain, BPPI hendaklah dibekalkan
bersama-sama murid.
Jumaat, 4 Mac 2011
KAEDAH PENTADBIRAN INSTRUMEN LITERASI MEMBACA
Catatan Popular
-
Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.
-
Sukacita dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) telah diterajui oleh Dr. Haji Zahri b Aziz berku...
-
Tarikh Saringan Lisan: 9 Mac hingga 18 April 2014 Tarikh Saringan Bertulis: 20 April hingga 30 April 2014 Memasukkan Data Saringan: 5 Mei ...