Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU...

 
Semoga tema Hari Guru Tahun 2013 yakni "Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda" dihayati oleh seluruh warga pendidik daerah Ranau.


Daripada FasiLINUS PPD Ranau...

Isnin, 6 Mei 2013

BENGKEL PENGISIAN DATA SARINGAN 1/2013 PROGRAM LINUS 2.0 PEJABAT PELAJARAN DAERAH RANAU


Untuk PERHATIAN Penyelaras LINUS Sekolah di daerah Ranau...

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bengkel tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh       :  08, 09 dan 10 Mei 2013
Masa       :  Sesi 1, 2 dan 4  - dilaksanakan pada pukul 2.00 - 5.00 petang
                  Sesi 3  -  dilaksanakan pada pukul 8.00 pagi - 12.30 tengahari
                  *** Surat makluman berkaitan bengkel di atas telah diedarkan
                       dan dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing
                       sejak 02 Mei 2013.
                  *** Sila rujuk lampiran yang disertakan / dipamerkan di bawah ini.


Sila pastikan segala maklumat berkaitan Saringan LINUS 2.0 2013 telah selesai disemak oleh guru.

Sila bawa bersama perkara-perkara berkaitan semasa menghadiri bengkel tersebut:   
                                    1.  komputer riba
                                    2.  data saringan yang lengkap
                                    3.  peralatan "Broadband" (jika ada)

Sila klik di sini untuk pautan ke Portal NKRA.

Jika ada sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS untuk maklumat lanjut di talian 088-875331 (Pejabat PPD Ranau - Lama), 019-8956098 (Asman), 013-8793786 (Roseline), 013-8542608 (Ronnie @ Abdul Rahman), 019-8702711 (Wilda), 019-8319886 (Marcelus) dan 013-8663098 (Nazarius).

Segala kerjasama dan perhatian yang pihak tuan berikan amat dihargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh
Ronnie Bin Pengulin @ Abdul Rahman Abdullah

Catatan Popular