Khamis, 26 April 2012

BENGKEL KHAS PROGRAM LINUS PPD RANAU TAHUN 2012 (ZON KINABALU)

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Dimaklumkan bahawa Pegawai FasiLINUS akan berkunjung ke Zon Kinabalu pada  02 Mei 2012 bagi tujuan melaksanakan Bengkel Khas Program LINUS PPD Ranau.

Fokus utama program ini ialah
  1. Melaksanakan latihan on-site di lokasi mengikut zon (sekolah) kepada Guru-guru LINUS (keutamaan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik di Tahap 1 dan belum pernah didedahkan tentang Program LINUS).
  2. Mendedahkah perkara-perkara berkaitan Program LINUS seperti berikut:
    • Pengenalan Program LINUS
    • Konsep Saringan LINUS
    • Pengenalan Modul Asas LINUS, penyediaan RPH dan kaedah P&P dalam Program LINUS
    • Bengkel membina RPH
    • Pembentangan / Mikro Teaching
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bengkel Khas Program LINUS PPD Ranau 2012 (Zon Kinabalu), Puan Masrini Mahali di talian 0198337566 untuk keterangan lanjut.


Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau, Sabah.

TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN KHAS LINUS DAN PENGISIAN DATA DALAM PORTAL SAPS

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Merujuk kepada surat edaran dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian No. Rujukan: KP(BPSH-SPSR)402/01/04jld.3(14) bertarikh 16 April 2012, dimaklumkan bahawa Saringan Khas LINUS bagi Tahun 2 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar pihak sekolah bersedia mengambil tindakan yang sepatutnya berkenaan perkara ini.

Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau, Sabah

PENGUMUMAN PENTING DARI SAPS

Berdasarkan pengumuman dari pihak pengurusan SAPS, tarikh pengisian data Saringan Khas LINUS telah dilanjutkan pada hari Khamis 3 Mei 2012.

Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak PPD Ranau agar semua sekolah dapat melengkapkan data dalam portal tersebut dengan kadar SEGERA bagi mengelak sebarang masalah berlaku.

Segala kerjasama dan komitmen pihak tuan amat diperlukan dan kami dahului ucapan ribuan terima kasih.


Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau, Sabah.



Selasa, 17 April 2012

PEMBERITAHUAN DARI PORTAL NKRA - PENGISIAN SARINGAN KHAS LINUS - TAHUN 3




Sila klik DI SINI bagi melayari SAPS.
Manual pengisian data Saringan Khas LINUS 1 2012 boleh dimuat turun DI SINI.


BENGKEL KUTIPAN DATA SARINGAN 1 (KOHORT 3 - TAHUN 1), SARINGAN 4 (KOHORT 2 - TAHUN 2) DAN SARINGAN KHAS (KOHORT 1 - TAHUN 3) PROGRAM LINUS NKRA DAERAH RANAU 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

Tarikh    :  17 - 19 April 2012 (Selasa, Rabu & Khamis)
Tempat  :   Pejabat LINUS (UPA), PPD Ranau
Masa     :   8.30 pagi - 12.30 pagi (sesi 1 - Selasa, Rabu & Khamis)
                  2.00 petang - 5.00 petang (sesi 2 - Selasa, Rabu & Khamis)
Pegawai yang terlibat: Setiausaha / Penyelaras Program LINUS

*Sila rujuk surat makluman / edaran untuk maklumat lanjut.

Pegawai FasiLINUS,
PPD Ranau, Sabah.

Catatan Popular