Selasa, 12 Julai 2011

MESYUARAT KHAS PELAKSANAAN KURSUS DALAMAN PEMANTAPAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI GURU-GURU LINUS BAHASA MELAYU, MATEMATIK DAN PEMULIHAN BAGI DAERAH RANAU

MAKLUMAN KEPADA ...

Guru-guru berkenaan,

Melalui,
Guru Besar,
SK. ____________
89300 Ranau.

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa surat daripada Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pelajaran Negeri Sabah no. rujukan: JP(SB)/600(01)/100/67JLD2(6) bertarikh 22 Jun 2011 adalah dirujuk.

02.  Sehubungan dengan itu, tuan/puan selaku Guru LINUS / Pemulihan yang telah menghadiri atau dicalonkan ke kursus berkenaan pada  25 - 27 Mei 2011 yang lalu bertempat di Hotel Perkasa Keningau (Literasi / Pemulihan) dan Hotel Juta Keningau (Numerasi) dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan pelaksanaan kursus dalaman di peringkat sekolah dan daerah mengikut ketetapan berikut:
                         
                             Tarikh    :  15 Julai 2011 (Jumaat)
                             Tempat  :  Balai Nuluhon (Bilik Gerakan),
                                             PPD Ranau (Lama)
                             Masa     :  8.30 pagi

03.  Kehadiran tuan / puan ke mesyuarat berkenaan amat diharapkan demi memastikan pelaksanaan Program LINUS di daerah Ranau berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan.

04.  Jika ada sebarang kemusykilan tentang perkara ini, sila hubungi mana-mana pegawai FasiLINUS di talian 088-875331.

Sekian, terima kasih.


***PERHATIAN....Surat makluman berkaitan mesyuarat di atas telah dimasukkan ke peti surat sekolah masing-masing untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Catatan Popular