Rabu, 20 April 2011

PELAKSANAAN INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN UNTUK MURID LINUS TEGAR SARINGAN 4 2011

Perhatian....

Kepada sekolah-sekolah yang mempunyai Murid LINUS Tegar Saringan 4 2011, sila muat turun bahan-bahan berkaitan "INSTRUMEN PENGESANAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN".

1.  Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah
2.  Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah

Sila hantar laporan berkaitan (jika ada) kepada En. Asman Bin Saman di Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (lama) pada atau sebelum 25 April 2011.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum.

Selasa, 12 April 2011

BENGKEL PENGISIAN DATA SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4 PROGRAM LINUS KE LAMAN WEB NKRA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2011

Perhatian kepada sekolah-sekolah rendah di daerah Ranau...

Pihak tuan diminta menghantar seorang wakil sama ada Setiausaha Program LINUS atau Guru LINUS di sekolah tuan bagi menghadiri sesi bengkel berkenaan dengan membawa bersama perkara-perkara yang berikut:

2.1 komputer riba ( mempunyai WIFI )
2.2 wayar extension
2.3 broadband (jika ada)
2.4 keputusan Saringan 1 dan Saringan 4 Program LINUS Literasi dan Numerasi (sila bawa bersama Borang Pelaporan Prestasi Individu [BPPI] setiap murid LINUS).
2.5 maklumat SMM murid Tahun 1 dan 2 dalam bentuk softcopy

Sila rujuk jadual pelaksanaan bengkel yang dilampirkan bersama.

Klik senarai di bawah untuk muat turun bahan berkaitan bengkel ini:
  1. Surat Jemputan Menghadiri Bengkel 2
Jike terdapat sebarang kemusykilan mengenai perkara ini, sila berhubung dengan pihak FasiLINUS di talian 088-875331.

Harap maklum...

Jumaat, 1 April 2011

Taklimat Sistem Fail dan Pemeriksaan Fail Program LINUS Sekolah Rendah Daerah Ranau Bil. 1 2011

Tarikh : 1 April 2011
Tempat : PPD Ranau (lama)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Senarai sekolah yang terlibat:-
1. SK KAINGARAN (sudah disemak oleh En. Abdul Rahman)
2. SK PINAWANTAI
3. SK KEMBURONGOH
4. SK PORING
5. SK KARAGASAN
6. SK MANGKAPOH
7. SK TARAWAS
8. SK MAUKAB
9. SK KIROKOT
10. SK MALINSAU
11. SK TIBABAR
12. SK TUNGOU
13. SK RATAU
14. SK NARADAN
15. SK KAWIYAN
16. SK TOGOP DARAT
17. SK MIRURU
18. SK GUSI
19. SK MOHIMBOYON
20. SK PAUS
21. SK TIMBUA
22. SK SERI GABUNGAN
23. SK KERANAAN

*Untuk makluman semua pihak, sekolah2 yang tersenarai di atas merupakan sekolah yang belum diperiksa sistem fail LINUS sepenuhnya oleh pihak FasiLINUS.

**Bagi sekolah yang belum dilawati (tidak tersenarai di atas) dan sistem fail LINUS sekolah belum diperiksa, harap jangan risau. Pihak FasiLINUS akan berkunjung ke sekolah tuan pada minggu hadapan. Harap pihak sekolah (terutama Guru LINUS) bersedia menerima kedatangan kami...

Terima kasih....

Catatan Popular