Sabtu, 26 Februari 2011

Dapatan Kursus Pemantapan FasiLINUS siri 1/2011 untuk Program Literasi & Numerasi anjuran BPG

Makluman buat semua Guru LINUS Daerah Ranau, berikut dipaparkan maklumat penting untuk rujukan semua pihak...


1.       KPI LINUS KPM bagi Tahun 2011 telah berubah.    
          Tahun 1 : Sasaran KPI Kohort 2 - 2011 (Literasi & Numerasi)  
           Saringan 1 :   80%
           Saringan 2 :   90%
           Saringan 3 :   95%

         Tahun 2 : Sasaran KPI Kohort 1 - 2010 (Literasi & Numerasi)  :
     Saringan 4 :   90%
     Saringan 5 :   95%
     Saringan 6 :   100%

2.   Instrumen Saringan LINUS  2011 (Saringan 1 bagi Tahun 1 dan Saringan 4 bagi Tahun 2) sudah diperoleh daripada KPM dan sedang dicetak (diperbanyakkan) mengikut bilangan murid di setiap sekolah daerah Ranau. Instrumen tersebut akan diedar dalam tempoh terdekat (pada perjumpaan FasiLINUS bersama Guru LINUS daerah RANAU). Harap semua pihak bersabar.....

3.   Saringan LINUS 2011(Literasi & Numerasi) bagi Tahun 1 (Saringan 1) dan Tahun 2 (Saringan 4) mesti dilaksanakan pada ketetapan berikut:
     
                    Membaca & Lisan       : 27 Feb – 31 Mac 2011
                    Menulis                          :  3 April – 8 April 2011
                    Proses memasukkan data Saringan LINUS
                    sekolah mesti dibuat pada minggu berikutnya, iaitu
                      11 April – 22 April 2011.
·         Pentadbiran instrumen saringan LINUS:
o   Mesti diurus oleh guru LINUS
o   Mesti dilaksanakan pada masa waktu P&P Bahasa Melayu dan Matematik sahaja
o   Tidak boleh dilaksanakan seperti suasana ujian @ peperiksaan
o   Menggunakan instrumen yang disediakan oleh pihak KPM sahaja
o   Boleh dijalankan dalam 4 sesi:
§  Sesi 1: konstruk 1 hingga konstruk 3
§  Sesi 2: konstruk 4 hingga konstruk 6
§  Sesi 3: konstruk 7 hingga konstruk 9
§  Sesi 4: konstruk 10 hingga konstruk 12
o   Semua konstruk mesti dijawab oleh murid LINUS dan LINUS Tegar

4.   Guru LINUS dan guru Pemulihan wajib menghadiri Kursus Pemantapan Pedagogi.
      Pihak Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Sabah telah mengarahkan semua FasiLINUS Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan agar mengenalpasti dan menyenaraikan nama sekolah (berserta nama Guru LINUS dan Guru Pemulihan) yang mendapat pencapaian Program LINUS kurang daripada 70% ( pada Saringan 3,  tahun 2010) di daerah masing-masing. Bagi sekolah yang tersenarai, guru LINUS dan guru Pemulihan yang berkaitan diwajibkan menghadiri Kursus pemantapan pedagogi yang akan dikendalikan oleh pihak BPG sendiri.


Harap Maklum...

Jumaat, 25 Februari 2011

PELANTIKAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)

Sukacita dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) telah diterajui oleh Dr. Haji Zahri b Aziz berkuatkuasa 7 Februari 2011. Tahniah diucapkan!

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Ahad, 20 Februari 2011

Peta SM Tinggi, Kota Kinabalu, Sabah

Perhatian buat rakan-rakan FasiLINUS, berikut dipamerkan peta SM Tinggi, Kota Kinabalu
sebagai rujukan semua. Untuk makluman, pada hari Jumaat ini, mesyuarat bersama ketua sektor SPA akan diadakan di SM Tinggi, KK.
Harap maklum...

Khamis, 17 Februari 2011

Makluman Tentang Paparan Blog

Makluman kepada para pelawat blog yang dihormati.....

Untuk paparan blog yang lebih baik, sila pastikan perisian Java, Adobe Flash Player, Adobe Shockwave dan Adobe Reader sudah dimasukkan ke dalam komputer anda. Jika belum ada, anda boleh merujuk ke tab "Muat Turun Perisian" pada ruangan sebelah kanan blog ini untuk muat turun perisian tersebut.

Selamat mencuba....

Selasa, 15 Februari 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL 1432 HIJRAH

Sesungguh Allah swt berfirman dalam surah al- Ahzab ayat 21 :
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة
Bermaksud:
“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik “

Di kesempatan ini, pihak FasiLINUS PPD Ranau mengucapkan Selamat Menyambut  Maulidur Rasul 1432 H, bersamaan 2011 Masihi kepada semua penganut yang beragama Islam di seluruh negara.
“1 MALAYSIA 1 UMMAH”


BORANG SENARAI NAMA DAN STATUS SEMASA MURID TAHUN 2 BAGI PROGRAM LINUS ( 2011 ) Berdasarkan Data Saringan 3, 2010


Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.

BORANG PELAPORAN PRA-SARINGAN PROGRAM LINUS ( NUMERASI ) TAHUN 2011


Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.

RUMUSAN MESYUARAT PENGURUSAN LINUS BIL. 1 / 2011


1.      JALANKAN PRA-SARINGAN BAGI BULAN JANUARI,  FEBRUARI,  APRIL, MEI,  JULAI & OGOS 
         ( rujuk makluman penting pra-saringan  dalam cd ini)

2.      HANTAR LAPORAN PRA-SARINGAN KE PPD PADA ATAU SEBELUM 10HB PADA BULAN SETERUSNYA. MISALNYA, LAPORAN PRA-SARINGAN APRIL PERLU DIHANTAR PADA ATAU SEBELUM 10HB MEI.

3.      DIAGNOSTIK TEST ( LITERASI ) UNTUK TAHUN 1 PERLU DIBUAT SEGERA MENGGUNAKAN MODUL IBIM.

4.      SEDIAKAN TAKWIM PROGRAM LINUS SEKOLAH MASING-MASING.

5.      KPI LINUS BAGI PPD RANAU TAHUN 2011 : TAHUN 1 ( 95%) & TAHUN 2 ( 100%)……….SEMOGA BERJAYA!!!

6.      SEMUA MURID TAHUN DUA AKAN DISARING SEMULA SEMASA SARINGAN 5 ( JUN )BAGI NUMERASI.

7.      SILA HANTAR JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN GURU LINUS ( TAHUN 1 & 2 ),
BORANG SENARAI NAMA & STATUS SEMASA MURID TAHUN DUA BAGI PROGRAM LINUS,
PELAN OPERASI DAN TAKTIKAL SEKOLAH MASING-MASING ( LITERASI & NUMERASI UNTUK TAHUN DUA SAHAJA ) ,
DAN BORANG PELAPORAN MODUL IBIM (DIAGNOSTIK TEST ) PADA ATAU SEBELUM :

28 FEBRUARI 2011
( ISNIN )

KAEDAH MENENTUKAN KATEGORI @ TAHAP MURID DALAM PROGRAM LINUS

Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.

PENGELOMPOKAN SEKOLAH MENGIKUT ZON BAGI PROGRAM LINUS PPD RANAU


Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.

SENARAI NAMA SEKOLAH DI BAWAH KENDALIAN FASILINUS PPD RANAU TAHUN 2011


Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.

MAKLUMAN PENTING PROGRAM LINUS (PANDUAN PELAKSANAAN PRA-SARINGAN)

Pelaksanaan pra-saringan untuk Tahun 1 dan Tahun 2 bagi Literasi dan Numerasi adalah dengan menggunakan instrumen saringan yang sama seperti berikut:
BIL.
PRA-SARINGAN
INSTRUMEN DIGUNAKAN
1.
SATU ( JANUARI )
SARINGAN 1, TAHUN 1 2010
2.
DUA ( FEBRUARI )
3.
TIGA ( APRIL )
SARINGAN 2, TAHUN 1 2010
4.
EMPAT ( MEI )
5.
LIMA ( JULAI )
SARINGAN 3, TAHUN 1 2010
6.
ENAM ( OGOS )


NOTA:
·    Gunakan borang pencapaian prestasi individu sama seperti yang digunakan dalam saringan sebenar untuk merekodkan data pra-saringan.
·    Sila hantar laporan pra-saringan sebelum atau pada 10hb setiap bulan dengan mengikut format borang pelaporan pra-saringan yang telah disediakan.
·    Guru tidak perlu menyaring semua murid semasa pra-saringan. Sebaliknya, kenal pasti murid yang benar-benar dirasakan “mampu” dilepaskan mengikut penelitian guru dengan jumlah murid yang disaring berdasarkan KPI LINUS JPN Sabah 2011.

CARTA GANTT TAKWIM PROGRAM LINUS PPD RANAU, TAHUN 2011


Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.

FORMAT BORANG PELAPORAN “ DIAGNOSTIK TEST “ BM MENGGUNAKAN MODUL 'IBIM'


Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.

Perisian muat turun untuk upgrade perisian microsoft office 2003 (Word, Excel, Power point sahaja) dan WinRAR

Perhatian kepada guru-guru yang masih menggunakan perisian microsoft office 2003, anda boleh melayari web microsoft office atau klik tajuk di atas untuk muat turun "Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats".

Perisian ini akan dapat membantu anda membuka fail yang dibina menggunakan perisian microsoft OFFICE 2007. Ianya percuma...

Untuk makluman semua, kebanyakan fail muat turun yang disediakan telah diproses dalam bentuk 'ZIP File'. Oleh itu, bagi pemilik komputer yang tidak memiliki perisian ZIP, anda boleh klik di sini untuk muat turun.
Selamat mencuba...

Rabu, 9 Februari 2011

KPI LINUS JPN Sabah 2011



Untuk melihat lebih jelas atau ingin muat turun, sila klik gambar di atas.

** PERHATIAN...KPI LINUS JPN SABAH 2011 telah berubah. klik Dapatan Kursus Pemantapan FasiLINUS siri 1/2011 untuk Program Literasi & Numerasi anjuran BPG untuk keterangan lanjut.

Tentatif Saringan LINUS Tahun 1 dan Tahun 2 (2011)

Untuk muat turun, sila klik tajuk di atas.

**Perhatian, Jadual Perlaksanaan Saringan telah berubah. Sila rujuk tajuk Dapatan Kursus Pemantapan FasiLINUS siri 1/2011 untuk Program Literasi & Numerasi anjuran BPG dalam blog ini.

Isnin, 7 Februari 2011

PERANAN FASILINUS & GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM LINUS

Peranan FasiLINUS

1.   Memastikan segala maklumat berkaitan program  LINUS  sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah
•        Taklimat
•        Edaran maklumat
•        E-mail
•        Sistem pesanan ringkas berpusat (SMS)
2.   Menjalankan dan menyelaraskan latihan on-site bagi guru  LINUS
•        Micro Teaching dalam kalangan guru-guru  LINUS
   (Dilaksanakan di peringkat sekolah / dikelompokkan mengikut zon)
•        Bengkel modul LINUS  dilaksanakan secara bersiri
    (Meningkatkan penguasaan guru  LINUS  terhadap sesuatu modul)
•        Membina bahan bantu mengajar untuk guna sama
    (Meningkatkan inovasi dan kreativiti serta kepelbagaian BBM)
3.   Membantu pihak sekolah secara langsung dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang  dikenal pasti  dalam proses pengajaran dan pembelajaran
•        Perbincangan bersama guru  LINUS
•        Menentukan pendekatan atau penggunaan modul yang  bersesuaian untuk murid yang telah dikenal pasti
4.   Memberi kerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri  dan Pejabat Pelajaran Daerah.
5.  Membimbing dan memantau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS  di sekolah
•        FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses pengajaran
               dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas
6.  Memantau Pelaksanaan LINUS
•        Sistem Fail
•        Data Murid LINUS
•        Bahan Bantu  Mengajar
•        Pengajaran dan Pembelajaran
7.   Memberi  Motivasi  dan Sokongan.
8.   Mengumpul  dan Menganalisis Data
•        Keputusan Saringan 1, 2 dan 3
•        Data guru LINUS
9.   Bekerjasama dengan guru  pemulihan khas untuk membantu murid yang dikategorikan sebagai murid LINUS  Tegar.
10. Mengesan sejauh mana sekolah dapat mengurus pelaksanaan program  LINUS.
11. Membantu pihak sekolah menyediakan pelan tindakan program  LINUS.
12. Menilai keberkesanan program  LINUS  terhadap pembelajaran murid.
13. Seorang FasiLINUS bertanggungjawab terhadap 30 buah sekolah di daerahnya.
14. Menetapkan sasaran pengurangan bilangan murid LINUS selepas setiap saringan di sesebuah sekolah.

Peranan Guru LINUS

1.    Mengikuti kursus LINUS.
2.    Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru.
3.    Melaksanakan Saringan 1, 2 dan 3 bagi Lisan dan Tulisan.
4.    Mengumpul data  dan mengenal pasti murid LINUS.
5.    Mentadbir kelas dengan baik.
6.    Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS.
7.    Menfailkan data.
8.    Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang  berkesan.

Peranan Guru Matematik

1.    Mengikuti kursus dalaman LINUS
-       Dikendalikan oleh guru  LINUS (Penyelaras LINUS Sekolah)
2.    Membantu melaksanakan dan menyelaraskan Saringan 1  dan 4 pada bulan Mac.
3.    Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus perdana.
4.    Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan bahan bantu mengajar untuk  murid LINUS.
5.    Membantu guru LINUS untuk mengenalpasti murid LINUS tegar.
6.    Merancang jadual waktu untuk murid LINUS tegar.
7.    Mengajar murid LINUS Tegar (dengan kejasama Guru Pemulihan).
8.    Menjalankan Ujian Diagnostik untuk murid LINUS Tegar.

Peranan Pentadbir Sekolah

1.    Mengenal pasti dan melantik guru LINUS
2.    Membentuk Jawatankuasa Kerja di sekolah
3.    Melantik AJK Kerja LINUS (Surat Lantikan)
4.    Menyediakan fail
a)    Fail Induk
-       Carta Organisasi
-       Ahli Jawatankuasa
-       Minit Curai
-       Laporan
-       Minit Mesyuarat
-       Carta Proses Kerja
b)    Fail Keputusan Saringan
-       Analisa Keputusan Saringan
-       Borang Skor Individu murid LINUS
c)    Fail Maklumat Peribadi murid LINUS
5.    Membuat perancangan tahunan
6.    Menghantar analisis keputusan saringan pada akhir bulan Mac, Jun dan September kepada PPD
7.    Memantau pelaksanaan program LINUS di sekolah sendiri dan menjalankan tindakan susulan
8.    Memberi motivasi kepada guru LINUS
9.    Bekerjasama dengan erat antara pentadbir dan  ibubapa / PIBG

Peringkat sekolah

*   Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia

Menjalankan pemantauan pelaksanaan LINUS, pentadbiran kelas, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Pihak lain yang bertanggungjawab tentang Program LINUS

  1. Jabatan Pelajaran Negeri
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Jemaah Nazir



Rujukan:

Rabu, 2 Februari 2011

LINUS : Agenda Pendidikan Negara

LINUS
Literacy and Numeracy Screening Programme ( LINUS ) atau Program Literasi dan Numerasi adalah kesinambungan Program KIA2M yang dilaksanakan sebelum ini. Ia adalah penambahbaikan kepada program KIA2M ( yang menekankan penguasaan 2M ) kepada program LINUS ( yang menekankan penguasaan 4M - membaca, menulis, mengira dan menaakul ).

Apa perkaitan LINUS kepada warga pendidik dan juga prasekolah?
Warga pendidik wajib mengetahuinya kerana ia adalah agenda pendidikan negara di bawah NKRA. Program Prasekolah tahun 2009, 2010 dan 2011 sebahagiannya adalah penyumbang kepada murid LINUS di semua sekolah rendah di Malaysia.

Pelaksanaan LINUS
Murid Tahun Satu dan Tahun 2 akan diuji dengan dengan 3 saringan berdasarkan 12 konstruk ( kayu pengukur ) bagi menentukan penguasaan murid.

1.  Saringan 1 (Tahun 1) dan Saringan 4 (Tahun 2) - bulan Mac 2011
2.  Saringan 2  (Tahun 1) dan Saringan 5 (Tahun 2) - bulan Jun 2011
     *    Murid yang tidak melepasi Saringan 1 dan 4
3.  Saringan 3 (Tahun 1) dan 6  (Tahun 2) - bulan Sept 2011
     *   Murid yang tidak melepasi Saringan 2 dan 5
     ** Status Murid LINUS ( konstruk 1 dan 2 wajib lulus )

Literasi
: menguasai 8 - 12 konstruk ( murid ke aliran perdana )
: menguasai 3 - 7 konstruk ( murid ke kelas LINUS )
: menguasai 1 - 2 konstruk ( murid ke kelas Pemulihan Khas )

Numerasi
: menguasai 10 - 12 konstruk ( murid ke aliran perdana )
: menguasai 3 - 9 konstruk ( murid ke kelas LINUS )
: menguasai 1 -2 konstruk ( murid ke Kelas Pemulihan Khas )

Siapa Guru Yang Terbabit Dengan Program LINUS
Pada tahun 2011, setiap sekolah mempunyai 2 orang guru LINUS Tahun Satu dan 2 orang guru LINUS Tahun 2 (BM dan Matematik) yang dicalonkan oleh sekolah dan dilatih oleh BPG. Selain itu, Guru Pemulihan turut berperanan penting dalam menjayakan misi LINUS di setiap sekolah.

Guru LINUS :
1. Guru yang dipilih terdiri daripada Guru tahun 1 (Bahasa Malaysia / Matematik).
2. Murid LINUS diajar dalam kelompok yang kecil / besar.
3. Pengajaran LINUS dilakukan dalam kelas pembelajaran.
4. Memastikan murid dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi agar
    mereka boleh mengikuti kelas aliran 'Perdana'.
5. Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid sekiranya mereka masih tidak
    dapat menguasai kemahiran.

Guru Pemulihan LINUS :
1. Guru yang dipilih terdiri daripada Guru Pemulihan sedia ada / baru.
2. Murid LINUS Tegar dalam kelompok yang kecil (1 - 5 orang)
3. Boleh dilakukan dalam Kelas Pemulihan / yang sesuai.
4. Memastikan murid LINUS Tegar dapat menguasai kemahiran asas literasi dan
    numerasi (konstruk 1 dan konstruk 2) agar mereka dapat mengikuti kelas di
    aliran LINUS dan 'Perdana'.
5. Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid sekiranya mereka masih tidak
    dapat menguasai kemahiran.

Catatan Popular

IKAN?...Jom Beri Makan!...